Connect with us

Oh! Media

Mahkamah Benarkan Permohonan Najib Untuk Penangguhan Perbicaraan Hari Ini

mantan pm najib razak usai menjalani pemeriksaan di komisi anti korupsi malaysia macc 20180703 171100jpg

Oh! Negara

Mahkamah Benarkan Permohonan Najib Untuk Penangguhan Perbicaraan Hari Ini

Hari ini seperti yang diketahui, sepatutnya berlangsung hari pertama perbicaraan berkenaan kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM42 juta SRC International Sdn. Bhd. Namun, Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan perbicaraan.

Oleh itu, pihak pendakwaan dikatakan akan menulis surat kepada Presiden Mahkamah Rayuan untuk mempercepatkan rayuan kes yang dikemukakan Najib.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pihak pendakwaan ketika sebutan semula kes tersebut di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi.

IKLAN

“Kami memohon supaya perbicaraan yang sudah ditetapkan hari ini dilapangkan, tetapi tarikh pada 25 hingga 28 Februari dan 4 hingga 29 Mac di kekalkan. Ini kerana kami yakin bahawa rayuan oleh tertuduh di Mahkamah Rayuan boleh diputuskan sebelum tarikh itu (25 Februari), ” kata Tommy.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Februari ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas