Connect with us

Oh! Media

Oh! Media Mencuba Maggi Ketam Di Kelantan

ohmedia alemy maggi ketam cherang ruku 2jpg

Umum

Oh! Media Mencuba Maggi Ketam Di Kelantan

Jika anda ke Kelantan, selain banyak tempat menarik dan bersejarah untuk dilawati, ada kemungkinan berat badan juga boleh naik beberapa kilo untuk tempoh beberapa hari. Ini kerana Kelantan sememangnya terkenal dengan pelbagai makanan yang enak-enak yang mana sukar untuk dijumpai di negeri lain terutamanya di Kuala Lumpur.

Paling kerap menjadi bualan termasuklah Maggi Ketam. Di Kelantan, terdapat banyak tempat terutamanya di pesisir pantai yang menyediakan juadah Maggi Ketam tinggal anda nak pilih mana satu yang paling disarankan sahaja.

IKLAN

Kunjungan Oh! Media ke Kelantan pada bulan Ramadhan tempohari membolehkan kami mencuba Maggi Ketam Alemy sebagai juadah berbuka. Restoran ini memang menjadi perbualan ramai kerana keenakan Ketam Nipah yang dihidangkan di sana. Lokasi restoran ini di Cherang Ruku, Pasir Putih. Buka sahaja WAZE dan search sahaja “Maggi Ketam Alemy” insyaAllah sampailah.

Ini rupa dihadapan kedai ni di mana tempat parking pelanggan

Masa nak order, korang boleh pilih saiz ketam yang ada sebab harga dia bergantung kepada saiz ketam tau. Kalau malas nak pilih, suruh sahaja mereka buat yang paling besar dan yang paling mantap. Biasanya macam hidangan kami ni harganya RM30.

Layanan yang diberikan di kedai ini biasa sahaja seperti di kedai lain. Tiada apa yang istimewanya. Tapi bila Maggi Ketam dah sampai atas meja, kat situlah baru tiba nikmatnya. Penuh dengan ketam sampai dah tak nampak mana maggi nya!

Siapa tak biasa makan ketam mesti berpeluh-peluh semata-mata nak membuang kulit Ketam Nipah yang sador tu. Fuh!

Burkks! Kenyang… Hehehe…

Apapun kesulurannya kami berpuas-hati sepanjang pengalaman kami mencuba Maggi Ketam Alemy yang cukup popular ini. InsyaAllah jika ke Kelantan lagi, pasti akan cuba lagi.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas