Connect with us

MAEPS Tingkatkan Kawalan Keselamatan Dengan Pagar Kawat Berduri

Oh! Politik

MAEPS Tingkatkan Kawalan Keselamatan Dengan Pagar Kawat Berduri

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 sementara yang ditempatkan di MAEPS kini akan menempatkan pesakit yang disahkan positif dari kalangan pendatang asing tanpa izin atau PATI.

Kawalan di persekitaran MAEPS juga telah diperketatkan dan pihak PDRM telah memasang pagar kawat berduri dan seramai 74 pegawai dan anggota dari dua buah ibu pejabat polis ditempatkan bagi mengawal keadaan.

Ia adalah bagi untuk pastikan mereka (pendatang tanpa izin) ini agar tidak melarikan diri daripada saringan COVID-19 dan kawalan berkenaan turut dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). “Setakat ini, belum ada cubaan (pendatang tanpa izin) untuk meloloskan diri dan mereka ini di dalam pusat kuarantin dijaga jururawat dan anggota Imigresen.

Sekiranya ada yang positif COVID-19 susah hendak mengesan jikalau mereka melarikan diri maka lebih baik kita ambil langkah waspada awal-awal. Sebelum ini, pusat kuarantin itu digunakan oleh rakyat tempatan yang positif COVID-19 dan mereka (rakyat tempatan) telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh kerana telah kurang kes. – Kata Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam

Kalau kita tengok respon netizen mengenai isu ini, memang ramai yang meminta agar PATI ini dihantar terus ke negara asal mereka. Bagaimanapun, kita perlu sabar dan memberi masa kepada pihak kerajaan untuk menguruskan satu persatu masalah yang timbul ini. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, PATI yang disahkan negatif COVID-19 akan diuruskan untuk penghantaran pulang ke negara asal.

OHMEDIA: KEPUTUSAN INI BAGI KAMI SANGAT TEPAT KERANA KITA PERLU MENEMPATKAN PATI INI HANYA DI 1 KAWASAN SAHAJA UNTUK MEMUDAHAN PASUKAN PENGUATKUASA MELAKUKAN PEMANTAUAN.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca yang setuju dengan kaedah ini di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

To Top