Connect with us

Oh! Media

Luahan Pekerja Stesen Minyak Berkaitan Isi Minyak Ikut Liter

Umum

Luahan Pekerja Stesen Minyak Berkaitan Isi Minyak Ikut Liter

ADVERTISEMENT
Sekadar Gambar Hiasan

Susulan aduan daripada pembeli minyak petrol mengenai tindakan sesetengah stesen mula tidak menerima permintaan pelanggan yang ingin mengisi minyak mengikut kiraan liter.

Aduan itu menimbulkan pelbagai reaksi dan feedback daripada orang ramai, jadi ini pula jawapan daripada pihak petugas juruwang di stesen minyak yang sering menghadapi perkara yang sama.

“Assalamualaikum pihak Oh! Media, saya amat tertarik dgn post berkaitan bayaran minyak menggunakan RM. Ada komen mengatakan bahawa cashier la kena kira, takkan takde calculator. Customer yang nak isi minyak pun takde calculator ke? Istilah customer is always right adalah istilah yang banyak dikeluarkan dalam komen post tersebut. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya.

“Seorang pakcik datang dan berkata “dik, minyak motor tu 5 liter dik.” sambil menghulurkan RM20 kepada saya. Saya set la RM11.30 sebab 5 liter tak susah sgt nak kira (kalau angka pelik2 memang saya suruh dia kira sendiri) dan saya memberi baki pakcik tu RM8.70. Tahu apa respon pakcik tu kepada saya? “Apa ni dik baki syiling, kenapa tak cakap berapa ringgit pakcik kena bayar? Pakcik ada banyak syiling ni.”

“Nampak situasi tersebut? Kan senang kalau customer kira sendiri berapa ringgit dia nak isi. Saya dah tolong kira pun kena marah jgk? Takkan la cashier tu takde right dia? Datang kaunter cakap “dik, minyak sebelas ringgit tiga puluh sen dik.” Letak la duit sekali dgn duit syiling kalau ada banyak sgt syiling tu. Bagi saya customer is always right sudah tidak relevan melainkan bahawa kesalahan itu dilakukan oleh cashier itu sendiri.

“Ada juga komen yang mengatakan bahawa isi minyak menggunakan liter lebih jimat. Biar saya tanya “sejauh mana anda semua yang mengisi minyak menggunakan liter itu tahu bahawa betul2 10liter yang masuk kedalam kenderaan anda?” Sebab saya tak pernah nampak lagi org yg nak isi liter ni datang bawak botol yang ngam2 10liter nak cek bahawa minyak tu betul keluar 10liter. Boleh jadi minyak yang keluar tidak cukup 10liter betul? Memang betul dekat mesin tu tulis 10.000 tapi pernah sukat? Mesti tak. Sebab percaya kat nombor yang tertera.

“Isi liter lagi jimat? Mungkin mcm ni situasi dia, dulu sebelum jadi viral yang isi liter lagi jimat mungkin dia biasa isi RM20. Skrg nak isi liter 10liter RM22.60 memang la kereta pergi lagi jauh. Dah bayar lebih. Logik kan?

“Rakyat Malaysia yang saya hormati, tidak semua cashier mempunyai IQ yang tinggi. Hormat lah mereka. Kalau nak isi ikut liter, tolong sebut berapa RM, kalau yang memang lemah sifir, dah la 2.26, bukan nombor bulat. Kalau 1liter RM2 memang tiada masalah. Senang kami kira. Kami ada beratus customer satu hari, dan kerja cashier bukan kerja yang hina. Tak puas hati je nak lepas kat kami? Apa salah kami? Pelajaran kami mungkin tidak seberapa  tetapi kami bekerja mencari rezeki halal, jauh lebih baik dari buat kerja2 haram. Hormati kami, senangkan kerja kami, kami akan hormati dan senangkan kerja anda.

“Saya percaya ramai cashier yang mempunyai nasib serupa dgn saya. Banyak lagi situasi yang boleh diberi tetapi saya rasa ini sudah memadai, Mungkin ada cashier diluar sana boleh berkongsi pengalaman mereka dan tunjuk kepada rakyat Malaysia dengan harapan dapat memudahkan kerja kami. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikummm. – Muadz

Post berkaitan isu ini di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas