Connect with us

Oh! Media

Lokman Melihat Rakyat Sudah Kembali Sokong UMNO

kerjasama umno pas wajarjpg

Oh! Negara

Lokman Melihat Rakyat Sudah Kembali Sokong UMNO

Selepas setahun menjadi pembangkang kerana tewas kepada Pakatan Harapan, UMNO kini dilihat kembali mendapat sokongan rakyat khususnya kaum Melayu Bumiputera.

Perkara ini dikatakan dengan yakin oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang melihat kepada hasil kerjasama mereka bersama PAS dan kini berjaya menarik semula pengundi Melayu dan India.


IKLAN

“Dianggarkan peratusan sokongan kaum Melayu kepada dua parti itu adalah 70 hingga 80 peratus setakat ini.

“Kita hanya perlu tarik sikit sahaja lagi iaitu dalam 20 peratus untuk turut menyokong UMNO dan Pas. Selain sokongan India juga semakin bertambah.

“Namun, UMNO perlu memperbanyakkan lagi usaha memastikan sokongan dari kaum Cina dapat diraih semula,” katanya kepada pemberita Sinar Harian.

Lokman juga berkata yang kini kerajaan PH hanya mendapat sokongan kaum Cina kerana telah memberikan pelbagai bantuan, tetapi yakin kaum Cina juga akan kembali kepada pimpinan gabungan ini setelah melihat kegagalan kerajaan PH.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas