Connect with us

Oh! Media

Logitech G810 Orion Spectrum papan kekunci gaming yang serius

Umum

Logitech G810 Orion Spectrum papan kekunci gaming yang serius

ADVERTISEMENT
Bagaimana anda mereka cipta papan kekunci yang akan membuat pemain permainan komputer akan suka? Tanya apa yang mereka mahu pada produk yang akan anda keluarkan. Itulah apa yang diterapkan oleh Logitech apabila mereka memanggil berpuluh-puluh pemain permainan komputer dan tanya ape kehendak mereka.
Setiap aspek telah direka dengan kejuruterann yang sungguh tepat dan dapat membantu untuk meningkatkan permainan anda ke tahap yang seterusnya. Dari penggunaan lampu LED yang lebih canggih sehingga penggunaan suis mekanikal Romer-G, suatu gabungan yang menjadikan papan kekunci ini pacu ke hadapan.
Papan kekunci Logitech G810 ini menggunakan suis mekanikal Romer-G, di mana suis ini 25% lebih pendek dari suis mekanikal Cherry MX yang digunakan pada produk lain. Ia juga dilengkapi dengan 26 suis, memastikan pengesanan tepat untuk masa-masa yang menggunakan perlaksanaan yang pantas, bergerak secara kompleks yang memerlukan pelbagai input.

Seperti papan kekunci permainan mewah yang lain, anda boleh memilih dan memperibadikan lampu belakang dan cahaya kesan untuk setiap kekunci secara individu kepada mana-mana pilihan 16.8 juta warna, bersama-sama dengan lampu dipasang profil untuk lebih daripada 300 permainan. Buat masa sekarang harga yang diperkenalkan bagi Logitech G810 ini ialah pada RM 670.00 di pasaran eropah.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas