Connect with us

Oh! Media

Oh! Lifestyle

Liverpool Hampir Dimalukan, Kejuaraan Liga Tertangguh Seketika

Hasrat Liverpool untuk meraih kejuaraan awal Liga Perdana Inggeris tertangguh selepas terikat 0-0 dengan Everton dalam perlawanan yang berlangsung di Goodison Park awal pagi tadi.




Aksi Liverpool sedikit longlai berbanding Everton yang lebih banyak melakukan percubaan berbahaya. Richarlison hampir membuka tirai jaringan buat tuan rumah namun percubaan beliau sedikit tersasar melepasi tiang gol. Liverpool yang tidak menurunkan ayam tambatan mereka, Mohamed Salah berjaya memiliki beberapa cubaan walapun tidak memberi ancaman kepada penjaga gol Everton, Jordan Pickford.

IKLAN




Tom Davies hampir untuk memberi gol kemenangan Everton pada minit ke-80 namun tiang menjadi penghalang dan harapan Everton untuk mencuri 3 mata penuh tidak kesampaian. Keputusan 0-0 kekal hingga wisel penamat. Pujian harus diberikan kepada Allison Becker selepas beraksi cemerlang dalam perlawanan ini.

OHMEDIA: WALAUPUN SERI, LIVERPOOL MASIH JAUH MENINGGALKAN MANCHESTER CITY DI TEMPAT KEDUA LIGA DENGAN 23 MATA

+ Baca respon pembaca Liverpool hampir dimalukan, kejuaaran liga tertangguh seketika di Facebook Oh! Media

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas