Connect with us

Oh! Media

Selepas Gambar Berhijab, Lindsay Lohan Muatnaik Ayat Al-Quran

Umum

Selepas Gambar Berhijab, Lindsay Lohan Muatnaik Ayat Al-Quran

ADVERTISEMENT
Lebih kurang 10 minggu yang lalu, aktres Hollywood Lindsay Lohan mencetus spekulasi ramai selepas dia memuatnaik sekeping gambar yang tampil seolah-olah berhijab ke dalam laman sosial Instatram miliknya.
Terbaru, sekali lagi Lindsay mencetuskan tanda tanya bagi peminatnya selepas bintang filem Mean Girls itu memuatnaik satu gambar petikan ayat suci Al-Quran.

“Ya tuhanku, tingkatkanlah pengetahuanku. Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada mu ilmu yang bermanfaat,” seperti dipetik menerusi foto di Instagram Lindsay Lohan.

Ramai dikalangan peminatnya yang gembira dan teruja kita Lindsay mendalami agama Islam dan berharap agar penyanyi berusia 28 tahun itu menjadi seorang muslimah.

Walaubagaimanapun, perkara tersebut bukan dilakukan oleh Lindsay sahaja kerana penyanyi Beyonce juga pernah melalkukan perkara yang sama. – Malaysian Digest

OHMEDIA: Jika benar Lindsay sedang mendalami Islam, semoga Allah berikan hidayah yang terbaik untuk dia.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas