Connect with us

Oh! Media

Sekitar Tradewinds LIMBC 2014: Stage 4 – Langkawi Geopark (XCO)

Oh! Lifestyle

Sekitar Tradewinds LIMBC 2014: Stage 4 – Langkawi Geopark (XCO)

Masih bertempat di Oriental Village, Stage 4 – Langkawi Geopark (XCO) berlangsung hari ini seawal jam 8:30 pagi melibatkan beberapa kategori iaitu Men’s Master, Senior Men’s Master, Men’s Open dan Women’s Elite pada jam 10:00 pagi sebelum bersambung semula pada jam 3:00 petang untuk kategori Men’s Elite bagi menghormati waktu Solat Jumaat.

ADVERTISEMENT
Jirawat Chulux (THA) memecut laju untuk mendapat tempat dalam kategori Senior Men’s Master. Kategori ini telah dimenangi Mads Boedker (DEN) sebagai yang pertama tiba di garisan penamat.
Mohd Hishamuddin Che Rose (MAS) pelumba tempatan ketika baru menamatkan saingan bagi kategori Men’s Open.
Eva Lechner memecut laju dihadapan diikuti Tanja Zakelj dan Nathalie Schneitter. Mereka akan berkayuh sejauh 4.1KM x 5 pusingan di sekitar Oriental Park yang cukup mencabar.

Blaza Klemencic (SLO) dikejar rapat Eva Lechner (ITA) sejak dari awal perlumbaan.

Salah satu dari pelbagai cabaran dan rintangan yang harus dilalui para pelumba.

Tanja Zakelj (SLO) ketika melalui sebuah jambatan merentasi sebuah sungai kecil dalam misi merapatkan jarak dibelakang Eva Lechner dan Blaza Klemencic.

Eva Lechner (ITA) seperti yang dijangkakan menang mudah bagi kategori Women’s Elite. Ketiadaan Lea Davison untuk LIMBC tahun ini jelas membuka peluang seluas-luasnya buat Eva Lechner untuk terus menyinar.

Mampukah Karl Platt terus menyarung Jersi Kuning untuk hari ini?
Pelumba bagi kategori Men’s Elite dilepaskan pada jam 3 petang memperlihatkan saingan hebat peserta dunia dan tempatan.

Michal Lami (SVK) mendahului kumpulan pertama pelumba dihadapan Fabian Giger (SUI), Nicola Rohrbach (SUI), dan juga penyarung Jersi Kuning, Karl Platt (GER)

Timothy Carleton dari Canada gagal memberi saingan hebat pada tahun ini.

Pelumba tempatan, Muhamad Fauzan Ahmad Lutfi (MAS) disaingi rapat pelumba dari German, Louis Wolf (GER) dalam saingan bagi kategori Men’s Elite. Good luck Fauzan!

Senior Men’s Master winners- (L to R): 3rd- Jirawat Chulux (THA), 1st- Mads Boedker (DEN) & 2nd- Derek Milne (NZL)

Men’s Master Stage 4 winners- (L to R): 3rd- Robert Glajza (SVK) , 1st- Nicholas Craig (GBR) & 2nd- Marzio Deho (ITA)

Men’s Open Stage 4 winners: 3rd- Shahrom Abdullah (MAS), 1st- Surachet Sing-Jui (THA) & 2nd- Seree Ruangsiri (THA)

Women’s Elite Stage 4 winners-(L to R): 3rd- Tanja Zakelj (SLO), 1st- Eva Lechner (ITA) & 2nd- Blaza Klemencic (SLO)

Men’s Elite Stage 4 winners: 3rd- Sebastian Fini Cartensen (DEN), 1st – Fabian Giger (SUI) & 2nd-Michal Lami (SVK)

Tahniah kepada semua pelumba yang menyarung jersey setakat ini sebelum satu stage lagi esok!

Esok (18 Oktober 2014) merupakan hari terakhir penganjuran Langkawi International Mountain Bike Challenge 2014 berlangsung yang memerlukan para peserta berlumba sebaik mungkin kerana ianya merupakan peluang terakhir untuk mengejar tempat dan catatan masa keseluruhan terbaik.

Stage 5 – Lagenda Park Beach Short Circuit (XCC) dengan jarak 1.6KM akan memperlihatkan pertarungan sengit antara semua peserta pelbagai kategori untuk mendapatkan kedudukan terbaik bagi perlumbaan beberapa pusingan mengelilingi Lagenda Park. Jadi jika anda berada di Langkawi, datanglah beramai-ramai kerana ianya merupakan hari terakhir bagi perlumbaan basikal bukit berprestij dunia, LIMBC untuk tahun ini.

90 Seconds Daily Review by Oh! Media:

Oh! Media seperti biasa akan membawakan kemaskini secara langsung kepada anda melalui Facebook rasmi LIMBC, memuat-naik gambar-gambar ke dalam galeri, dan seterusnya laporan penuh menyusul selepas itu di website rasmi kami ini. Stay tuned!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas