Connect with us

Oh! Media

Sekitar Tradewinds LIMBC 2014: Stage 2 – Langkawi East To West

Oh! Lifestyle

Sekitar Tradewinds LIMBC 2014: Stage 2 – Langkawi East To West

Perlumbaan basikal bukit berprestij dunia, Langkawi International Mountain Bike Challenge 2014 diteruskan untuk hari ke 3. Hari ini para pelumba bagi 5 kumpulan berlainan akan berkayuh merebut tempat dan catatan masa terbaik bermula dari Lagenda Park ke Perdana Quay merentasi hutan, sungai dan pelbagai rintangan lain lagi sejauh 45KM.

ADVERTISEMENT

Masziyaton Mohd Radzi dari Kedah merupakan salah seorang pelumba tempatan yang memberi saingan hebat kepada pelumba antarabangsa dalam kategori Women’s Elite.

Para pelumba dilepaskan pada jam 9 pagi dan bergerak terus ke Kompleks Sukan Langkawi sebelum dilepaskan mengikut kumpulan masing-masing.

Pelumba bagi kategori Women’s Open pastinya bakal memperlihatkan persaingan hebat antara pemenang semalam, Blaza Klemencic (SLO) dan juga Eva Lechner (ITA).

Bagi saingan kategori Men’s Elite pula, mampukah juara bertahan Karl Platt (GER) meneruskan kejuaraan yang diraihnya dalam Stage 1 semalam dan menyekat kemaraan Michal Lami (SVK) dan Kazantsev Krill (KAZ).

Kayuhan penuh mantap dari Eva Lechner

Lebih kurang jam 11:20 pagi, suasana tenang di Perdana Quay gamat dengan kemunculan pelumba pertama bagi kategori Men’s Elite tiba di garisan penamat.

Seperti yang dijangkakan, juara bertahan Karl Platt (GER) dari Team Bulls dapat mengekalkan kejuaraannya semalam dalam Stage 1 untuk terus menempatkan diri di tempat tertas bagi catatan masa dan kedudukan semasa dalam kategori Men’s Elite diikuti Michal Lami (SVK) yang tiba ditempat ke-2 dan Fabian Giger (SUI) ditempat ke-3.

Men’s Elite Stage 2 winners – (L to R): 3rd-Fabian Giger (SUI), 1st-Karl Platt (GER) dan 2nd-Michal Lami (SVK)

Bagi kategori Women’s Elite pula, Eva Lechner (ITA) hari ini terpaksa berpuas-hati ditempat ke-3 selepas ketinggalan dibelakang Blaza Klemencic (SLO) ditempat pertama dan Tanja Zakelj (SLO) ditempat ke-2.

Women’s Elite Stage 2 winners – (L to R): 3rd-Eva Lechner (ITA), 1st-Blaza Klemencic (SLO) dan 2nd-Tanja Zakelj (SLO)

Men’s Master Stage 2 winners – (L to R): 3rd-Robert Glajza (SVK), 1st-Nicholas Craig (GBR) & 2nd-Marzio Deho (ITA)

Senior Men’s Master Stage 2 winners: 3rd – Jirawat Chulux (THA), 1st – Mads Boedker (DEN) dan 2nd – Derek Milne (NZL)

Untuk kategori Men’s Open, nyata ini adalah tahun untuk pelumba tempatan Mohd Shafari Abd Malik dari Kedah apabila hari ini sekali lagi menaiki podium untuk 3 hari berturut-turut. Jelas Shafari merupakan salah seorang peserta yang menggerunkan para peserta lain.

Men’s Open Stage 2 winners: 3rd-Surachet Sing-Jui (THA), 1st-Mohd Shafari Abd Malik (MAS) dan 2nd-Seree Ruangsiri (THA)

Esok akan berlangsungnya Stage 3 – Langkawi Marathon (XCM) yang mana para peserta akan mengayuh sejauh 81KM bagi kategori Men’s Elite dan Men’s Open, manakala 54KM untuk kategori Women’s Elite, Men’s Master, dan Senior Men’s Master di sekitar Oriental Village.

90 Seconds Daily Review by Oh! Media:

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas