Connect with us

Oh! Media

Sekitar Tradewinds LIMBC 2014: Stage 1 – Langkawi Round Island

Oh! Lifestyle

Sekitar Tradewinds LIMBC 2014: Stage 1 – Langkawi Round Island

Hari ini berlangsungnya cabaran peringkat pertama untuk para pelumba Langkawi International Mountain Bike Challenge 2014 mengelilingi Pulau Langkawi. Perlumbaan hari ini bermula dari Lagenda Park dan berakhir semula di Lagenda Park.

ADVERTISEMENT

Para pelumba dari semua kategori dilepaskan serentak pada jam 9 pagi dan mereka berkayuh sejauh 3.3KM dahulu sebelum berkumpul semula dan dilepaskan mengikut kategori masing-masing. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Men’s Elite, Men’s Open, Women’s Elite, Men’s Master dan Senior Men’s Master, sama seperti Prologue yang berlangsung semalam di Dataran Lang.

Perlumbaan yang sepatutnya dijadualkan bermula pada jam 10 pagi dimulakan lebih awal memandangkan trek yang begitu panjang dan akan memakan masa sekaligus memberikan kelebihan kepada para pelumba untuk bermula dengan cuaca yang lebih sejuk dan menyegarkan sebelum bertukar panas hingga pelumba pertama tiba semula ke garisan penamat lebih kurang jam 12:30 tengahari.

Bagi kategori Senior Men’s Master, Mads Boedker (DEN) ditabalkan sebagai juara mendahului Derek Milne (NZL) ditempat ke-2 dan Jirawat Chulux (THA) ditempat ke-3.

Untuk kategori Men’s Master pula, Marzio Deho (ITA) menepati ramalan selepas jauh meninggalkan Nicholas Craig dan Robert Glajza ditempat ke-2 dan ke-3.

Mohd Shafari Abd Malik jelas memberikan saingan hebat kepada semua pelumba lain dalam kategori Men’s Open apabila hari ini sekali lagi menaiki podium ditempat ke-2 dibelakang dua pelumba Thailand, Seree Ruangsiri (THA) dan Surachet Sing-Jui (THA).

Bagi kategori Women’s Elite, biarpun tanpa kehadiran Lea Davison pada tahun ini, Eva Lechner (ITA) terpaksa akur ditempat kedua selepas jauh ditinggalkan Blaza Klemencic (SLO) ditempat pertama manakala Tanja Zakelj (SLO) ditempat ke-3.

Karl Platt (GER) menepati ramalam apabila dengan selesa menewaskan Michal Lami (SVK) ditempat ke-2 dan Kazantsev Kirill (KAZ) ditempat ke-3 bagi kategori Men’s Elite untuk Stage 1: Langkawi Round Island ini.

Bagi perlumbaan Stage 2 esok, para pelumba akan memulakan cabaran di Lagenda Park dan berkayuh ke Perdana Quay sejauh 45KM dalam perlumbaan Langkawi East To West (XCP). Kami di Oh! Media seperti biasa akan cuba membuat liputan secara terperinci sepanjang perlumbaan berlangsung.

90 Seconds Daily Review by Oh! Media:

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas