Connect with us

Oh! Media

Sekitar Tradewinds LIMBC 2014: Prologue

Oh! Lifestyle

Sekitar Tradewinds LIMBC 2014: Prologue

Hari ini di Dataran Lang berlangsungnya Prologue Tradewinds LIMBC 2014 dimana para pelumba tempatan dan antarabangsa bersaing membuat catatan masa terpantas mengelilingi Dataran Lang sejauh 2.4 KM.

ADVERTISEMENT

Para pelumba dilepaskan seorang demi seorang mengikut beberapa kategori iaitu Men’s Elite, Men’s Open, Women’s Elite, Men’s Master dan Senior Men’s Master.

Nicola Rohrbach dari Goldwurst-Power Stockli mencatat masa terpantas bagi kategori Men’s Elite dengan 4:53.40 diikuti Sabastian Fini dengan catatan masa 4:53.60 dan Michal Lami, 4:56.00.

Catatan masa terbaik bagi kategori Men’s Open pula dimenangi oleh pelumba tempatan dari Kedah, Mohd Shafari Abd Malik dengan catatan masa 5:31.10 meninggalkan Surachet dan Seree kedua-duanya pelumba dari Team Endurance Thailand masing-masing dengan catatan masa 5:33.80 dan 5:38.20 di belakang Shafari.

Saingan bagi kategori Women’s Elite juga tidak kurang hebatnya di mana menyaksikan Eva Lechner mendominasi saingan masa ini dengan catatan 5:32.80 jauh meninggalkan Blaza Klemencic dan Nathalie Schneitter masing-masing dengan catatan masa 5:37.40 dan 5:38.90.

Untuk saingan dalam kategori Men’s Master, Nicholas Craig mencatatkan masa terpantas dengan 5:19.60 meninggalkan jauh Robert Glajza, 5:45.30 dan Suriya Sangboon dengan catatan masa 5:46.40.

Prologue bagi kategori Senior Men’s Master tahun ini hanya disertai oleh 9 rang pelumba yang mana 5 darinya adalah dari Malaysia masing-masing mencatatkan tempat terakhir di belakang Mads Boedker dari Denmark dengan catatan masa 5:31.40 diikuti Trisit Chin-Anan dari Thailand dengan catatan masa 6:04.40 dan Derek Milne dari New Zealand dengan catatan 6:08.10.

Para pelumba merebut catatan masa terbaik untuk hari ini bagi menempatkan diri mereka di tempat yang selesa untuk memulakan perlumbaan Stage 1 – Langkawi Round Island (XCM) mengelilingi Pulau Langkawi yang akan bermula dari Lagenda Park dan akan berakhir semula di tempat yang sama, esok.

90 Seconds Daily Review by Oh! Media:

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas