Connect with us

Oh! Media

Sekitar Jamboree Fun Ride LIMBC 2014, Sebuah Kereta Menjadi Taruhan

Oh! Lifestyle

Sekitar Jamboree Fun Ride LIMBC 2014, Sebuah Kereta Menjadi Taruhan

Langkawi International Mountain Bike Challenge 2014 hari ini membuka tirainya dengan perlumbaan Jamboree sejauh 40KM yang disertai lebih 1300 pelumba tempatan datang dari seluruh Malaysia. Perlumbaan Jamboree ini bolehlah dikatakan sebagai perlumbaan untuk bersuka-ria (fun-ride) sahaja di mana para pelumba tidak perlu untuk berlumba bersungguh-sungguh antara satu sama lain. Sesiapa sahaja asalkan mempunyai basikal dan helmet layak untuk menyertai perlumbaan Jamboree ini. Asalkan dapat tiba ke garisan penamat, medal akan diberikan dan pelbagai hadiah seperti barangan basikal, gajet, dan pelbagai lagi termasuklah sebuah kereta Proton Saga FLX berkemungkinan menjadi milik sesiapa sahaja melalui satu cabutan bertuah.

ADVERTISEMENT

Penyertaan termuda tahun ini adalah seorang kanak-kanak berusia 6 tahun. Kayuhan berpuluh Kilometer tidak menjadi masalah kepada adik ini untuk turut sama berkayuh bersama ibu-bapa dan ribuan lain yang jauh lebih tua dari dirinya.

Para peserta Jamboree dilepaskan oleh Tun Mahathir Mohamad pada jam 10 pagi. Puluhan pelumba antarabangsa juga dilihat turut sama berkayuh sebagai “pemanas badan” bagi mereka sebelum perlumbaan sebenar bermula pada 13 Oktober ini untuk 5 hari berturut-turut melalui beberapa pusingan sekitar tempat-tempat menarik di Langkawi bagi merebut hadiah berjumlah setengah juta ringgit.

Apa yang paling dirisaukan rata-rata peserta adalah cuaca yang tidak menentu. Jika hujan, ianya sekaligus menjadikan cabaran Jamboree ditahap yang sukar. Apapun, cuaca di Langkawi bermula baik sebelum hujan turun dengan lebatnya selepas para peserta tiba ke garisan penamat.

Tun Mahathir dan isteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada semua peserta. Selain pelbagai barangan basikal bukit berjenama, ada juga yang membawa pulang pelbagai gajet terbaru di pasaran dan termasuklah peserta yang membawa pulang sebuah Proton Saga FLX. Fuh!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda siapalah yang tahu kan? Itulah memang rugi siapa yang tak join Jamboree ni pada setiap tahun. Jadi untuk tahun depan, jika anda minat untuk mengayuh basikal janganlah lepaskan peluang sebegini ya?

Kami di Oh! Media akan terus membawakan perkembangan sepanjang LIMBC 2014 ini berlangsung dan pastinya perlumbaan tahun ini akan jauh lebih menarik dari sebelumnya dengan kehadiran ramai muka-muka baru pelumba basikal bukit bertaraf dunia. Stay tuned guys!!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas