Connect with us

Oh! Media

Rekod Baru Untuk Zumba Paling Panjang, 20 April Ini

Oh! Lifestyle

Rekod Baru Untuk Zumba Paling Panjang, 20 April Ini

ADVERTISEMENT

26 Tenaga Pengajar (ZIN®) ,  12 Jam Tanpa Henti, 1 Acara Untuk 1 Rekod

Bertempat di Dewan Utama A, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) bakal mengumpulkan ribuan orang peserta untuk bersama menjayakan KL Zumba Marathon 2019 (KLZM2019) yang bakal melakar sejarah mencipta rekod pertama di Malaysia Book of Records sebagai Zumba paling panjang tanpa henti iaitu selama 12 jam.

Tetapi jangan risau,  para peserta boleh masuk dan keluar bila-bila masa sahaja dengan syarat memakai Wristband yang disediakan kerana terdapat aktiviti lain di luar dewan utama seperti mini karnivalfood trucks, exhibition booth, kids play area dan pakej lawatan MAEPS Agro Tourism Park untuk dilawati bersama keluarga dan rakan-rakan. Surau sebesar di RnR turut disediakan untuk kemudahan kita berhampiran dewan utama.

Acara Zumba terbesar yang julung kali di Malaysia ini akan berlansung pada Sabtu 20 April 2019 dan merupakan acara Marathon Zumba paling lama yang pertama kali diadakan untuk kita sertai. KLZM2019 juga  turut diiktiraf secara rasmi oleh Zumba Fitness, LLC di Florida.


Minggu ini, merupakan minggu terakhir untuk harga tiket ‘Super Early Bird’ serendah RM65.00, di mana kita berpeluang menulis nama sendiri di atas baju rasmi KLZM2019 berjenama Ultron yang bernilai lebih RM100.00 , pakej lawatan Maeps Agro Tourism Package bernilai RM45.00 dan pelbagai lagi barangan KLZM2019 secara PERCUMA. (Telah Tamat pada 31hb Mac 2019)

Kini, harga tiket serendah RM65 itu dilanjutkan lagi hanya untuk 500 pembeli tiket pertama. Cepat dapatkan di :

1. Online Ticket : Accupass

2. Online Ticket : Ticket2u
3. Manual Transfer : Whatsapp
4. Get from KLZM2019 presenters (ZIN™)
5. Get from Official KLZM2019 Fitness Centers

Jadi tunggu apa lagi guys, inilah masanya untuk kita bersama-sama menjayakan acara yang menghimpunkan seluruh peminat kecergasan diseluruh tanah air terutama peminat Zumba bagi mencipta satu lagi rekod baru yang bakal dicatatkan di Malaysia Book Of Records.

MAEPS Serdang Sebagai Penaja Utama Lokasi

MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang) yang memang terkenal sebagai lokasi pelbagai acara terutamanya MAHA mempunyai Taman Pelancongan Agro (Agro Tourism Park) berkeluasan 130 hektar untuk kita terokai dan menyertai pelbagai kemudahan dan aktiviti yang disediakan bersama keluarga.

Menjadi pilihan lokasi percutian hujung minggu MAEPS menawarkan pelbagai lawatan penuh bermaklumat dan menyeronokkan. Selain  taman yang luas, restoran, ruang aktiviti dan pelbagai kemudahan, kemudahan penginapan juga disediakan berhadapan tasik yang sangat indah. Menariknya aktiviti berbasikal atau berjoging di dalam taman itu pula tidak dikenakan sebarang caj atau yuran kemasukan.

Memandangkan, taman ini begitu luas untuk diterokai, kita tidak perlu risau untuk ‘mengembara’ di dalamnya kerana terdapat kemudahan tram yang disediakan dengan hanya perlu membayar RM45 seorang untuk membeli pakej lawatan ditawarkan. Akan tetapi dengan tiket KLZM2019 berharga serendah RM65 kita bakal mendapat pakej lawatan dan kemudahan tram ini secara PERCUMA.

MAEPS juga telah dipilih dan berbesar hati menaja lokasi KLZM2019 kerana lokasinya yang strategik dan mempunyai kemudahan yang amat lengkap untuk kita lawati dan merasai sendiri pengalaman sebagai pelancong agro.

12 Jam Zumba Tanpa Henti  

Zumba paling lama tanpa henti ini merupakan kali pertama diadakan di Malaysia, Asia dan dunia yang akan diabadikan di dalam MALAYSIA BOOK of RECORDS. Melibatkan 26 tenaga pengajar selebiriti Zumba Malaysia, KLZM2019 ini akan dijalankan secara berterusan tanpa henti selama 12 jam bermula dari jam 8 pagi sehingga 8 malam.

Tetapi jangan risau,  para peserta boleh masuk dan keluar bila-bila masa sahaja dengan syarat memakai Wristband yang disediakan kerana terdapat aktiviti lain di luar dewan utama seperti mini karnivalfood trucks, exhibition booth, kids play area dan pakej lawatan MAEPS Agro Tourism Park untuk dilawati bersama keluarga dan rakan-rakan. Surau sebesar di RnR turut disediakan untuk kemudahan kita berhampiran dewan utama.

Harga Tiket & Sijil Penyertaan Malaysia Book of Records

Harga tiket KLZM2019 ini hanya serendah RM65.00 untuk penyertaan awal. Kita dapat sekali pakej lawatan MAEPS Agro Tourism Park dengan menaiki tram (RM45.00) , baju rasmi KLZM2019 Malaysia Book of Records berjenama Ultron (Bernilai RM100), bag, botol air, tuala ,  dan pelbagai lagi barangan penajaan yang lain secara PERCUMA. Wah, berbaloi sangat.

Paling dinantikan sijil pernyertaan KLZM2019 Malaysia Book of Records diberikan kepada semua peserta yang mendaftar. Jadi cepat dapatkan pakej tiket ini dengan segera sebelum terlambat.

Oh Media juga berbesar hati untuk menyertai KLZM2019. Jadi tunggu apa lagi guys, jom kita!

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ke www.klzm.ohmedia.my 
Beli tiket online di: Ticket2u
Pertanyaan : Whatsapp di sini

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas