Connect with us

Oh! Media

Lim Guan Eng Kata Tiada Lagi Pemimpin DAP Akan Disiasat, Tapi Lain Pula Kata Polis

Ohmedia lttepng

Oh! Negara

Lim Guan Eng Kata Tiada Lagi Pemimpin DAP Akan Disiasat, Tapi Lain Pula Kata Polis

Ewah-ewah! Sekarang ni sedang kecoh pula kes tentang aktiviti kumpulan pengganas yang digelar sebagai Harimau Pembebasan Tamil Eelam atau atau LTTE. Apa yang menjadikan isu ini bertambah kecoh adalah apabila terdapat juga beberapa ahli poitik dikaitkan dengan kumpulan ini.

Pihak PDRM juga dikatakan akan memastikan untuk memanggil dan menyiasat mana-mana pemimpin atau ahli politik yang terlibat sekiranya terdapat sebarang bukti.

Sebelum ini, Lim Guan Eng dengan yakinnya mendakwa tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan dan disoal dan perkara ini dinafikan sama sekali oleh pihak polis.

IKLAN

Saya pasti bukan daripada saya (kenyataan akan hentikan siasatan pemimpin DAP). Saya tak pernah keluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan kita akan hentikan siasatan… mungkin ada pihak lain, saya tidak pasti, tidak ada sebab kenapa kita perlu menghentikan siasatan. Adakah ini oleh kerana melibatkan parti DAP dan perlu menghentikan siasatan.. kita akan meneruskan siasatan, kalau ada cukup asas bukti, kita akan melakukan tangkapan susulan, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay.

Untuk korang yang mungkin tidak tahu, kumpulan pengganas LTTE ini wujud di 30 buah negara seluruh dunia termasuk di Kanada, India, Amerika, Eropah dan juga Malaysia.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! You Tube


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas