Connect with us

Oh! Media

Lim Guan Eng Bertindak Balas Dengan Pelawaan Tun Mahathir

Oh! Negara

Lim Guan Eng Bertindak Balas Dengan Pelawaan Tun Mahathir

Baru sahaja sebentar tadi kami menaikkan satu artikel berhubung pelawaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menarik parti melayu bergabung bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia. Kini, kita telah dapat melihat respon pertama dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berharap Bersatu lebih konsisten dengan keputusan sebelum ini untuk menerima kemasukan parti lain.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) telah bersetuju dan berpegang kepada konsensus bahawa mana0mana didapati terbabit dalam rasuah tidak akan diterima masuk.

“Saya belum baca kenyataan Tun M (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dan ini baru dengar tetapi akan anggap ia adalah konsisten dengan apa yang beliau sebut sebelum ini (mengenai kemasukan beberapa Ahli Parlimen UMNO ke Bersatu).

“Sebelum ini BERSATU ada terima beberapa ahli UMNO, kecuali pemimpin tertentu seperti mereka yang terbabit atau bergelumang dengan rasuah atau skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

“Kalau ambil Ku Nan (Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) atau Najib Razak (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak), itu perkara lain,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tun Mahathir sebelum ini, menegaskan bahawa parti melayu tidak lagi memegang majoriti 60 peratus, tetapi setiap parti telah dipecahkan kepada hanya 10 peratus.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas