Connect with us

Oh! Media

Lihat Keindahan Berbuka Puasa Berlatar Belakang Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Oh! Lifestyle

Lihat Keindahan Berbuka Puasa Berlatar Belakang Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Walaupun belum dibuka, namun Jambatan Angkat Kuala Terengganu telahpun menjadi simbol kebanggaan negeri itu apabila ramai pengunjung mengambil peluang untuk bergambar berlatar belakangkan Jambatan berkenaan.

ADVERTISEMENT

Bakal dibuka sebelum Aidilfitri ini, lokasi berkenaan kini turut menjadi pilihan pengunjung untuk berbuka puasa dan ini dapat dilihat hasil dari rakaman gambar saudara Fadzil Ismail yang telah menggunakan dron di perkarangan Pesisir Payang Kuala Terengganu untuk mengambil momen orang ramai berbuka puasa berlatar belakangkan jambatan angkat.


Apa yang dapat dilihat dari gambar-gambar yang diambil, seperti tidak percaya ianya di Malaysia, kerana suasana berkenaan selalunya hanya ada di luar negara. Bangga jadi rakyat Malaysia, hehe. Gambar yang diambil lebih tinggi dari aras biasa ini juga memberikan gambaran yang menarik.

Suasana matahari terbenam sementara menunggu waktu azan magrib membuatkan Jambatan Angkat Kuala Terengganu sangat indah dan kelihatan begitu klasik seperti berada di London.

Jadi, nampaknya ini pasti menjadi lokasi yang harus kami di Oh!Media kunjungi selepas ini dan pastinya ianya akan menjadi lebih menarik bila jambatan berkenaan siap sepenuhnya. Diharapkan, semua pengunjung menjaga keindahan dan tidak membuang sampah sesuka hati, agar keindahan ini dapat dinikmati semua orang yang datang berkunjung.

Sumber: Fadzil Ismail

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas