Connect with us

Oh! Media

Lihat Aksi Tom Holland Dan Zendaya Selepas Tahu Filem Spider-Man Diteruskan

Umum

Lihat Aksi Tom Holland Dan Zendaya Selepas Tahu Filem Spider-Man Diteruskan

Perghh! Nampaknya kisah sedih dan kecewa peminat superhero Spider-Man telah tamat apabila pihak Marvel Studios dan Sony Pictures akhirnya mencapai satu persetujuan baru untuk meneruskan projek Spider-Man ini. Ala, Ohmedia dah agak benda ni akan berlaku. Diorang saja nak tengok macam mana reaksi peminat kalau Spider-Man tak diteruskan sebenarnya tu.

ADVERTISEMENT

Ok, kembali dalam isu ni. Mereka juga telah bersetuju untuk menhasilkan satu lagi filem untuk Spider-Man yang bakal ditayangkan pada 16 Julai 2021. Kurang dari 2 tahun lagi gais.

Selain menjadi berita baik buat peminat, agaknya macam mana pula reaksi dua pelakon utama, Tom Holland dan Zendaya agaknya?

Seperti yang dapat dilihat di update terbaru Instagram dan Twitter mereka, ternyata mereka turut amat teruja dengan keputusan ini dan Tom Holland telah berkongsi satu babak ikonik lakonan Leonardo DiCaprio dalam filem Wolf of Wall Street di mana ia telah menerangkan situasi Spider-Man dengan sangat jelas.

A post shared by Tom Holland (@tomholland2013) on



Zendaya pula kongsikan satu GIF Spider-Man sedang menari di Twitternya.


Kami di Marvel Studios sangat teruja kerana Spider-Man akan terus berada dalam dunia Marvel Cinematic Universe dan kami akan buat sehabis baik untuk menjayakan projek ini. Sony akan terus mengembangkan dunia Spidey-verse dan kita tunggu dan lihat apa rancangan mereka untuk universe tersebut, kata Kevin Feige kepada Hollywood Reporter.

Tak sabar rasanya nak tengok next filem Spider-Man arahan Kevin ni. Sama-sama kita nantikan first trailer nanti.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! You Tube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas