Connect with us

Leonardo Muncul Secara Rahsia Beri Keterangan 1MDB

Umum

Leonardo Muncul Secara Rahsia Beri Keterangan 1MDB

Pelakon lelaki Hollywood, Leonardo DiCaprio baru-baru ini muncul secara rahsia di mahkamah untuk memberi keterangan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia adalah sebahagian daripada proses siasatan yang dijalankan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), lapor Washington Post.

Menurut sumber terdekat, tidak dapat disahkan maklumat yang dikongsi DiCaprio kerana prosiding juri dijalankan secara rahsia. Pihak berkuasa juga berjaya membawanya masuk dan keluar dari mahkamah persekutuan tanpa menarik perhatian.

Laporan itu berkata, pendakwa menganggap DiCaprio sebagai seorang saksi yang boleh memberikan pandangan berguna mengenai ahli perniagaan Malaysia dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa menggelapkan berbilion ringgit dana pelaburan negara itu.

Dia juga didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membiayai kempen melobi untuk menamatkan siasatan berkenaan.

Bagaimanapun, DiCaprio bukanlah sasaran utama siasatan itu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top