Connect with us

Oh! Media

Lelaki Warga Emas Maafkan Wanita Mengamuk Kerana Kereta Dilanggar

Umum

Lelaki Warga Emas Maafkan Wanita Mengamuk Kerana Kereta Dilanggar

Lelaki warga emas, dan merupakan pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, yang menjadi mangsa amukan seorang wanita muda yang berang akibat kereta Peugeot 208 miliknya dilanggar telah memaafkan wanita tersebut.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abd Aziz Salleh berkata lelaki warga emas dalam lingkungan awal 60an itu memandu kereta Proton Wira dan secara tidak sengaja terlanggar kereta wanita dalam lingkungan akhir 20an berkenaan di sebuah tempat letak kereta di darah tersebut.

“Wanita itu sudah pun membuat laporan polis berkenaan kemalangan itu namun lelaki tersebut tidak mahu membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan perkara tersebut malah dia juga telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan,” kata Abd Aziz.Abd Aziz turut menjelaskan bahawa perkara ini masih lagi disiasat dan akan memanggil kedua-dua wanita dan lelaki warga emas berkenaan untuk tujuan siasatan.

Kemalangan kecil itu berlaku pada tengahari 14 Julai lalu telah menaikkan darah wanita tersebut kerana keretanya dilanggar lalu mengeluarkan pengunci stereng dan mengertak lelaki warga emas itu untuk membayar kepadanya ganti rugi sebanyak RM2000.

Video yang dirakamkan oleh Jessica Qie itu mula menjadi viral dan trending di laman sosial dan dimuat-naik Oh! Media yang mengkeji tindakan yang amat biadap terhadap orang yang lebih berusia. Orang ramai marah dan kesal diatas sikap kasar perempuan itu yang memaki hamun lelaki tersebut dihadapan orang ramai seperti orang hilang pedoman.


Baca: (Video) Wanita Mengamuk Kereta Dilanggar


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita berkenaan akan disiasat mengikut undang-undang jalan raya kerana bertindak sebagai pembuli jalanan.

“Saya sudah melihat rakaman video itu pagi tadi, kita akan siasat wanita itu. Kalau kemalangan bukan itu caranya tetapi dia perlu membuat laporan polis bukan bertindak sendiri. Tindakannya itu mengundang bahaya dan dianggap sebagai pembuli jalan raya yang menyalahi undang-undang,” katanya ketika sidang media penyerahan bungkusan Aidilfitri kepada pegawai dan anggota PDRM di Bukit Aman, tadi.

Cari Jubah Moden Untuk Hari Raya?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas