Connect with us

(Video) Lelaki Ini Sempat Rakam Dua Kapal Besar Langgar Satu Sama Lain

Oh! Tidak

(Video) Lelaki Ini Sempat Rakam Dua Kapal Besar Langgar Satu Sama Lain

Menurut laporan Daily Mail, dua kapal besar yang dikenali sebagai Alanis dan Florence Spirit telah bertembung antara satu sama lain di Welland Canal dimana laluan itu adalah untuk pelayaran utama sejauh 26 batu yang menghubungkan diantara Danau Ontario dan Tasik Erie di Kanada.

Video yang berdurasi 59 saat menunjukkan kapal Florence Spirit yang berwarna hitam mengikis di bahagian tepi kapal Alanis sebelum dua kapal itu berhenti di tepi tebing. Walaubagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut. Kalau korang tengok video dekat bawah ni, Alanis siap membunyikan penggera sebelum berlakunya pelanggaran tau!?




Saksi yang dikenali sebagai Alex Stewart berusia 19 tahun berkata pada awalnya dia menyangkakan bahawa kapal Alanis dan Florence Spirit akan melalui dengan selamat tetapi kapal merah itu membunyikan penggera terlebih dahulu sebelum kejadian kemalangan.

We didn’t think they were gonna crash but as soon as the red ship set off the panic alarm, we knew something was gonna happen. My thinking was like ‘Oh crap, are they actually gonna hit?’

Kalau korang nak tahu, mereka masih tidak dapat mengenalpasti apa punca kemalangan itu terjadi. Fuh! Nasib baiklah tak ada sesiapa yang cedera kan? Syukur alhamdulillah.

OHMEDIA: FIRST TIME OHMEDIA TENGOK KAPAL LANGGAR ANTARA SATU SAMA LAIN.

Kredit: Daily Mail

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

To Top