Connect with us

Oh! Media

Lebih 70 Juta Batang Rokok Seludup Dirampas Yang Ditemui Dalam 7 Kontena

ohmedia rokok seludupjpg

Umum

Lebih 70 Juta Batang Rokok Seludup Dirampas Yang Ditemui Dalam 7 Kontena

Nampaknya bekalan untuk perokok-perokok tegar tersangkut lagi selepas sebanyak 70,960,000 batang rokok seludup yang cuba masuk dari Sarawak telah berjaya dirampas oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.

Sebanyak 7 kontena yang mencurigakan itu telah masuk melalui Pelabuhan Bintulu pada 13 Jun lalu dan cubaan mereka tidak berjaya apabila penguatkuasa melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kapal kontena.

Kapten kapal sebelum itu menyerahkan dokumen masuk bagi 237 kontena yang akan didaratkan di Pelabuhan Bintulu. Semakan ke atas dokumen berkenaan mendapati sebanyak 129 kontena tidak diikrar dalam daftar masuk termasuk tujuh kontena yang disyaki mengandungi rokok putih. – Kata Pengarah JKDM Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha.

Anggaran nilai bagi lebih 70 juta rokok seludup ini adalah sebanyak RM6.3 juta manakala duti dan cukai pula bernilai RM47.4 juta.

IKLAN

OHMEDIA: MUNGKIN INILAH MASA YANG SESUAI UNTUK KORANG BERHENTI MEROKOK. JANGAN PAKSA DIRI BELI ROKOK MAHAL WALAUPUN TAK ADA FULUS YA!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang cuba berhenti merokok di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas