Connect with us

Oh! Media

Lebih 1,000 Tiket Laku Saat Pawagam Mula Dibuka Di Mid Valley

Oh! Lifestyle

Lebih 1,000 Tiket Laku Saat Pawagam Mula Dibuka Di Mid Valley

Semalam 1 Julai 2020 lebih banyak sektor perniagaan diberi kebenaran untuk beroperasi dan paling menarik perhatian adalah sektor hiburan seperti pawagam. Macam mana agaknya sambutan orang ramai dengan keputusan kerajaan ini?

ADVERTISEMENT

Hasil pemerhatian Ohmedia dan melihat sendiri apa yang dimaklumkan oleh sebuah pawagam di Kuala Lumpur mengatakan yang lebih 1,000 tiket telah ditempah oleh penonton yang ternyata amat menanti-nantikan saat ini selepas hampir 4bulan tidak dapat ke pawagam.




Walaupun pawagam hanya diberi kebenaran untuk beroperasi sehingga jam 4 petang sahaja, ia masih berjaya menarik ramai orang untuk ke sana.

Penonton perlu mengikuti SOP yang telah ditetapkan dan pihak pawagam juga perlu kosongkan 1 tempat duduk bagi penjarakan sosial. Jadi, korang yang datang dengan awek tu, jangan degil nak berkepit juga ok!




Filem baru apa yang kita boleh tonton sekarang? Apa yang Ohmedia tahu, untuk peringkat awal ini, kebanyakan pawagam menayangkan filem Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna, Low Season dan Kaiji: Final game serta beberapa filem lain yang ditayangkan semula.

Bagi kami, ini bukan masalah besar dan soal keselamatan pengunjung menjadi keutamaan kami. Kami menggalakkan pekerja memakai pelitup muka dan sarung tangan untuk menjaga kebersihan premis. Ruang menonton dibersih dan disanitasi sebelum dan selepas tayangan sesebuah filem. Kita juga menggalakkan penonton memakai pelitup muka ketika menonton. – Kata Pengurus Penjenamaan GSC.

Gunakanlah kelonggaran yang diberikan ini sebaiknya tanpa mengabaikan norma baharu yang kita terapkan selama ini.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang gemar pergi pawagam di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas