Bagi yang tak mengenali, Latheefa Koya merupakan seorang peguam dan juga Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat. Latheefah Koya telah dilantik menjadi ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menggantikan Mohd Shukri Abdull yang bersara awal dari jawatam berkenaan berkuat kuasa mulai 1 Jun
Bagi mengelakkan berlakunya konflik kepentingan, Latheefah Koya telah meletakkan jawatan yang di pegang dalam PKR semalam sebelum didesak oleh Fahmi Fadzil, Ketua Komunikasi Strategik PKR untuk meninggalkan parti berkenaan.
“Terima kasih atas nasihat. Tetap saya telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ahli PKR berkuatkuasa serta merta semalam (Isnin), setelah dimaklumkan pelantikan saya sebagai Ketua SPRM,” tulis beliau.
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.