Connect with us

Oh! Media

LIMBC 2014 Penganjuran Mountain Bike Dengan Hadiah Melebihi Setengah Juta Ringgit

Oh! Lifestyle

LIMBC 2014 Penganjuran Mountain Bike Dengan Hadiah Melebihi Setengah Juta Ringgit

Langkawi International Mountain Bike Challenge (LIMBC) edisi ke-5 sekali lagi akan membuka tirainya pada  tahun ini sebagai salah-satu dari acara berbasikal bukit terbesar di dunia. LIMBC kali ini akan berlangsung dari 11 hingga 18 Oktober 2014 dan memperlihatkan Tradewinds International Sdn Bhd sebagai penaja utama dan Human Voyage Sdn Bhd sekali lagi sebagai penganjur.

ADVERTISEMENT

Tahun ini, hadiah setengah juta (atau USD150,000) menjadi taruhan para pelumba Montain Bike dari seluruh dunia yang menjadikan LIMBC 2014 sebagai salah satu pertandingan yang meletakkan hadiah wang tunai paling lumayan yang pernah berlaku dalam sebarang acara Mountain Bike di seluruh dunia.

Bagi tahun ini, LIMBC secara rasmi akan dikenali sebagai Tradewinds Langkawi International Mountain Bike Challenge 2014 atau secara ringkasnya, Tradewinds-LIMBC 2014 yang menzahirkan Tradewinds sebagai penaja terbesar yang membolehkan penganjuran sebesar ini dapat dijayakan dengan sempurna.

Berikut adalah jadual sepanjang penganjuran ini berlangsung;

Acara yang paling menjadi kegemaran kami pada setiap tahun tentunya Perdana Quay LIMBC 2014 Jamboree sejauh 40KM yang bermula dari Lagenda Park dan akan berakhir di Lagenda Park semula. Jika anda tak pernah lagi ke Langkawi, Lagenda Park adalah di mana menjadi tempat utama para pelancong untuk bergambar kerana di situ adanya monumen Helang yang telah lama menjadi trademark Pulau Langkawi.

Perlumbaan Jamboree sejauh 40KM pada 11 Oktober 2014 ini merupakan perlumbaan pembuka tirai bagi LIMBC pada setiap tahun yang membolehkan para pelumba professional atau sekadar hobi dari seluruh Malaysia samaada lelaki atau perempuan mempamerkan skill masing-masing mahupun untuk menguji kemampuan diri sendiri.

Setiap peserta akan menerima goodies bag dan juga medal dan apa yang menarik asalkan anda dapat tiba ke garisan penamat, anda layak dan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah bagi memenangi pelbagai hadiah menarik  seperti telefon pintar, barang kelengkapan basikal, dan juga sebuah kereta seperti tahun-tahun sebelum ini. Maklumat lanjut di www.limbcmalaysia.com

Imbas Kembali: Encik Shapari Sulong membawa pulang Proton Persona pada LIMBC 2012 lalu bagi kategori jambori

Pulau Langkawi sebagai salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia dan dunia sudah pastinya akan memberikan pengalaman terhebat buat para pelumba yang datang dari seluruh dunia nanti. Anda boleh mengikuti Facebook Pages LIMBC di www.facebook.com/LIMBCMALAYSIA serta Twitter @limbcmalaysia begitu juga dengan Instagram dan Youtube.

Kami di Oh! Media amat berbesar-hati kerana sekali lagi menjadi Rakan Media Sosial bagi penganjuran berprestij dunia ini untuk 3 tahun berturut-turut. Kami pastinya akan berusaha lebih keras untuk menyajikan laporan berita, gambar, dan video setiap hari yang lebih baik dari segenap dimensi untuk bacaan anda. Ikuti Facebook dan Twitter rasmi Oh! Media untuk kemaskini yang menyeluruh.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas