Connect with us

Oh! Media

Lagu Terbaharu Taylor Swift ‘ME!’ Cecah 11 Juta Tontonan Dalam Masa 2 Jam

Umum

Lagu Terbaharu Taylor Swift ‘ME!’ Cecah 11 Juta Tontonan Dalam Masa 2 Jam

Buat peminat Taylor Swift, korang dah layan belum muzik video terbaru dari Taylor iaitu bertajuk ‘Me’? Taylor Swift yang popular dengan lagu ‘Love Story’, ‘Look What You Made Me Do’ dan banyak lagi lagu lain telah berjaya menarik jumlah tontonan sebanyak 11 juta hanya dalam masa 2 jam untuk muzik video terbarunya itu.

ADVERTISEMENT


Dalam muzik video kali ini, Taylor berduet bersama Brendon Urie vokalis Panic! At The Disco dan berjaya memetong rekod sebelum ini dari lagi ‘LWYMMD’ yang meraih 15 juta tontonan dalam masa 10 jam dan kini berjaya mendapatkan tontonan 15 juta dengan hanya 3 jam.

Taylor dalam kemaskini terbaru Twitter juga ada menunjukkan rekod YouTube dengan jumlah tontonan pada hari pertama sebanyak 65.2 juta dan 27.02 juta pada hari kedua.

Semasa artikel ini disiarkan, kami mendapati kini jumlah tontonan telah mencecah 85 juta dengan 3 juta like. Ini menunjukkan bahawa peminat Taylor Swift sangat menantikan buah tangan terbaru beliau. Tahniah Taylor Swift atas kejayaan ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas