Connect with us

Lagu Legenda Standing In The Eyes Of The World Ella Dipilih Rai Sambut Kemerdekaan US

Oh! Artis

Lagu Legenda Standing In The Eyes Of The World Ella Dipilih Rai Sambut Kemerdekaan US

Semalam 4 Julai 2020 adalah sambutan Hari Kemerdekaan bagi Amerika Syarikat yang dahulunya pernah dijajah oleh British. Apa yang menarik perhatian kami di Ohmedia dengan sambutan kemerdekaan US ini adalah apabila lagu lagenda Ella iaitu Standing In The Eyes Of The World telah dipilih untuk menjadi lagu khas untuk sambutan negara itu.

Ini dikongsikan sendiri ratu Rock Ella yang teruja dan berbangga dengan permintaan dari kedutaan AS yang ingin memberikan nafas baru bagi lagu berkenaan.

Mereka menghubungi saya sekitar sebulan yang lalu dan kami terus berbincang untuk projek ini. Sebagai warga Malaysia, saya sentiasa berbangga dan senang hati setiap kali membawakan lagu ini di mana sahaja. Oleh itu, saya sangat teruja bila diberitahu yang kedutaan AS memilih lagu Standing In the Eyes Of The World untuk kerjasama antara Malaysia dan penyanyi tempatan mereka. Terbukti, muzik secara ilmiah mampu untuk menyatukan masyarakat sedunia. Kita berbicara menerusi lagu. Terima kasih diucapkan kepada mereka dan harap semua suka versi baharu lagu ini. – Kongsi Ella.

Susunan baru bagi lagu ini dilakukan oleh komposer terkenal Helen Yap dan dinyanyikan oleh artis dari Amerika Syarikat dan Ella sendiri.

Lagu ini telah dikeluarkan secara rasmi di YouTube U.S. Embassy Kuala Lumpur.




+ Baca respon pembaca yang suka dengan lagu ini di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

To Top