Connect with us

Oh! Media

Lagi Kes Jalur Gemilang Terbalik Di Kluang! Polis Johor Tahan Seorang Wanita

Ohmedia polis johor bendera terbalikpng

Umum

Lagi Kes Jalur Gemilang Terbalik Di Kluang! Polis Johor Tahan Seorang Wanita

Nampaknya memang ada di antara mereka yang sengaja ingin mencabar kesabaran rakyat Malaysia dan pihak berkuasa apabila polis negeri Johor berjaya mengesan sebuah lagi premis yang telah memasang Jalur Gemilang secara terbalik.

Ini berlaku di Jalan Lee Ah Leng, Taman Nasib Kluang, Johor dan telah disahkan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mengatakan pihaknya telah melakukan serbuah ke premis sebaik sahaja menerima laporan awam pada 16 Ogos 2020.

Hasil siasatan mendapati premis ini menjalankan perniagaan kedai makan sejak tahun 2017 hingga hujung Disember 2019 dan mulai Januari 2020 premis ini tidak lagi beroperasi. Pemasangan bendera terbalik ini adalah sejak premis beroperasi iaitu pada tahun 2017 sehingga aduan dibuat oleh orang awam. – Katanya.

Premis yang dimiliki oleh seorang wanita 50-an itu telah ditahan dan jika didapati bersalah boleh didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2017 dan enda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.

IKLAN




Kredit: Polis Johor

+ Baca respon pembaca yang geram dengan tindakan orang seperti ini di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas