Connect with us

Oh! Media

Lagi Aset Luar Negara Milik 1MDB Bakal Dijual

Oh! Negara

Lagi Aset Luar Negara Milik 1MDB Bakal Dijual

Lagi aset yang dikatakan milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bakal dijual. Kali ini, ia melibatkan sebuah penthouse yang bernilai AS$51 juta atau RM210.6 juta yang terletak di Walker Tower di Manhattan, Amerika Syarikat.

ADVERTISEMENT

Tuntutan saman lucut hak sivil bagi membenarkan penjualan dilakukan oleh pihak pendakwa dan peguam AS dan mewakili dana amanah yang memiliki harta itu serta meminta hakim persekutuan di Los Angeles mengendalikannya.

Jabatan Kehakiman mendakwa, penthouse itu dibeli pada tahun 2014 oleh Khadem Abdulla al Qubaisi, bekas Pengarah Urusan International Petroleum Investment Co, syarikat minyak milik kerajaan Abu Dhabi

Untuk pengetahuan korang, Al Qubaisi baru sahaja dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun di Abu Dhabi seperti dilaporkan Wall Street Journal.

Al Qubaisi, yang juga bekas Pengerusi Hakkasan Group, pengendali restoran dan kelab malam, menerima AS$473 juta yang dicuri daripada 1MDB pada 2012, menurut Jabatan Kehakiman.

Beliau dibantu oleh Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, yang didakwa sebagai dalang skim jenayah mencuri berbilion ringgit daripada dana 1MDB.2

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas