Connect with us

Oh! Media

Kuasa Intel i7, NUC “Skull Canyon” khusus untuk “Gamer” dan Hiburan

Umum

Kuasa Intel i7, NUC “Skull Canyon” khusus untuk “Gamer” dan Hiburan

ADVERTISEMENT
Jika anda sedang menilai untuk mendapatkan XBOX One atau Sony PS4 untuk bermain permainan video dan hiburan, Intel telah menambah satu produk untuk anda berfikir semula iaitu Skull Canyon NUC yang bermaksud Next Unit of Computing-mini PC. Soket pemprosesan NUC6i7KYK sesuai dengan keenam-enam cip pemprosesan generasi Skylake Core i7, Thunderbolt 3, dwi M2 SSD DDR4 RAM (sokongan SATA 3) bekas 8.5 inci. Dengan menggunakan grafik Iris Pro 580 yang akan membuat para “gamers” kagum, anda  juga boleh menambah grafik AMD R9 Fury dengan menggunakan Razer Core sebagai hub grafik kad dengan menggunakan Thunderbolt 3. Sememangnya akan digemari oleh para “gamers”. Ada lagi, kalau anda nak jadikan ia sebagai hub hiburan, anda boleh sambungkan terus dari NUC ini kepada monitor jenis 4K resolusi dengan amat mudah.
Dengan harga yang tidak sebegitu murah, produk paling minima bermula dengan harga sebanyak RM 25++.00. Manakala, produk yang tipikal iaitu spesifikasi berikut, RAM sebanyak 16GB, 256GB SSD dan diterajui dengan Windows 10, harganya boleh menjangkaui sehingga RM 4+++.00. Sekiranya anda lebih berminat untuk menaik taraf NUC, anda perlu menggunakan Razer Core secara pra-beli sebanyak RM 2+++.00 dan kad grafik GTX 970 serendah RM 1500.00. Jumlah minima untuk menaik taraf dijangka berjumlah RM 6000.00. Mungkin anda boleh modifikasi komputer dengan harga sebegitu banyak kan. 
Tapi, produk ini ada kelebihannya, anda boleh jimat ruang dimana anda boleh letakkannya di atas meja, gantung di dinding, senang kate boleh dibawa kemana-mana. Dengar cerita, produk ini akan dipasarkan pada May tahun ini. Kita tunggu dan lihat je ya. Terima kasih kerana melawat kami di OhGeekz.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas