Connect with us

Oh! Media

Kristen Stewart Jadi Puteri Diana

Oh! Artis

Kristen Stewart Jadi Puteri Diana

Wah! Ohmedia dah lama tak tengok lakonan Kristen Stewart. Kali terakhir tengok dia berlakon yang memegang watak sebagai Bella dalam cerita The Twilight Saga: Breaking Dawn bersama bekas teman lelakinya, Robert Pattinson.

ADVERTISEMENT

Masa cerita tu dikeluarkan dekat panggung wayang, memang penuh gais! Jadi, kali ini dia akan memegang watak sebagai mendiang Puteri Diana pula dalam filem terbaru yang bertajuk Spencer. Menurut pengarah filem tersebut, pemilihan Kristen bagi watak itu dibuat kerana telah memenuhi kriteria seperti yang dia mahu.

Dia boleh menjadi macam-macam, misteri, wanita yang rapuh dan pada masa sama kuat. Secara tak langsung, itu yang kami perlukan. Cara dia memberi maklum balas terhadap skrip dan cara dia menyelami watak juga sangat indah untuk divisualkan. Saya rasa, dia akan lakukan sesuatu yang hebat dan pada masa sama membuka banyak mata yang menonton. Bakatnya sangat semula jadi. -kata Pengarah filem Spencer, Pablo Larrain

Tajuk filem itu dipilih bagi memberi penghormatan kepada nama keluarga Diana. Untuk pengetahuan korang semua, Puteri Diana telah mengalami kemalangan jalan raya pada 1997 di Paris, Perancis an pernah berkahwin dengan Putera Charles pada tahun 1981 hingga 1996.

OHMEDIA: TAK SABAR NAK TENGOK KRISTEN STEWART BERLAKON!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca minat Kristen Stewart di Facebook Oh! Media.




Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas