Connect with us

Oh! Media

Kisah Sebenar Kenapa Kucing Ini Digantung Di hadapan Rumah

Umum

Kisah Sebenar Kenapa Kucing Ini Digantung Di hadapan Rumah

 

ADVERTISEMENT

Semalam, satu gambar yang menunjukkan seekor kucing hitam digantung dengan begitu kejam sehingga mati menjadi viral di media sosial. Kejadian itu mencetuskan kemarahan ramai pihak terutamanya bagi yang pencinta kucing.

Ramai yang menganggap tindakan itu adalah dilakukan oleh pemilik rumah tempat dimana kucing itu digantung sehingga memanggil pihak polis untuk mengambil tindakan. Malah ramai berharap pemilik mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatan kejamnya. 

Namun, ada cerita sebenar disebalik kejadian dan kenapa kucing itu digantung sebegitu rupa.

“Seorang ahli perniagaan lelaki sekali lagi menerima kejutan berbaur
amaran apabila seekor kucing hitam digantung sampai mati di depan
rumahnya di Jalan Lada, Sibu kelmarin.


“Dia sebelum ini juga pernah
menerima ancaman melalui telefon dari seorang lelaki yang memberi amaran
kepadanya seminggu selepas insiden serangan awal tersebut. Tiga minggu
selepas itu, dia sekali lagi menerima panggilan ugutan dari individu
yang sama.

“Bimbang dengan keselamatan dirinya, lelaki terbabit
membuat keputusan untuk keluar dari bandar Sibu buat sementara waktu
bagi mencari tempat perlindungan.

“Namun, dia kembali semula ke
Sibu kelmarin menggunakan kereta sewa kerana bimbang keretanya dikenali
oleh individu yang mengancam keselamatannya.

“Pada insiden Oktober
yang lalu, sekumpulan lelaki telah mengikat tangan dan menutup matanya
dengan kain sebelum membawa mangsa lari menaiki sebuah kereta. Mangsa
kemudian dihumban ke dalam sungai, bagaimanapun berjaya melepaskan diri.

“Mengulas mengenai tindakan kejam terhadap kucing berkenaan, Persatuan
Pencegah Penganiayaan Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) melahirkan rasa
kesal terhadap tindakan individu yang menggantung kucing untuk membuat
ugutan.

“Ini adalah keganasan jelas terhadap haiwan dan perbuatan
itu adalah amat jahat dan menunjukkan perbuatan yang tidak
berperikemanusiaan.

“Memandangkan ia masih di bawah siasatan
polis, kami berharap mereka dapat menangkap individu yang
bertanggungjawab serta membawanya ke muka pengadilan,” kata Presiden
SSPCA, Donna Wee.

Psst: Tindakan ini sememangnya sangat kejam dan tidak wajar. Apapun balasan Allah kepada yang mezalimi haiwan itu pastinya ada. 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas