Connect with us

Oh! Media

Kisah Peniaga Kopi Biasa-Biasa. Sangat Inspiring!

Umum

Kisah Peniaga Kopi Biasa-Biasa. Sangat Inspiring!

7 tahun lalu tahun 2008, ketika itu abang masih mengaji diploma di UiTM Lendu. Abang memang kaki bisnes. Rokok, air botol longcan, nasik lemak, nasik goreng kicap, air tin, maggi, topup semua abang pernah jual. Abang bukan takde duit time tu. Tapi memang passion abang meniaga.

ADVERTISEMENT

Sampai satu masa abang nekad mulakan satu perniagaan yang REAL.

Menjual kopi pracampuran. Tahu kenapa? Sebab ianya murah, margin cantik, orang selalu minum dan mudah eksport ke luar negara.

Selesai buat kajian, abang pon dengan sangat yakin setup lah satu company nama BOT INDUSTRIES (Nickname abang kat UiTM. Ilham dari tengok cerita Iron man. Hehe.) Abang pam RM50,000 sebagai modal permulaan.

Abang mula mencari kilang OEM minuman pracampuran. Tak banyak kilang buat OEM ketika itu. Abang carik kilang Muslim, MOQ rendah, harga murah.

Dannn Alhamdulillah kami jumpa satu. Tahu kenapa carik yang MOQ rendah? Sebab nak hasilkan produk seminimum boleh. Sebab nak minimumkan risiko gagal dan minimumkan penggunaan modal. Kami buat Kopi Arabica Susu Kambing. Produk pertama kami ketika itu.

Kos hasilkan produk OEM ketika itu dalam RM10,000. Balance ada lagi RM40,000 kan? Abang gunakan lebih kurang RM10,000 untuk setup office dan gajikan 2 orang pekerja. Seorang kerani dan seorang lagi pengurus.

Marketing? Kami sendiri turun padang push kawkaw punya. Ye lah modal ciput. Tak mampu hire salesman ramai-ramai. Abang memilih Agent dan Stockist sebagai kaedah pemasaran berikutan cara ini paling cepat merebak dan mudah di kawalselia.

Masa tu abang tak ambik gaji. Biarkan dia rolling elok-elok dulu. Abang ikhlas buat kerja amal. Kehkeh. Iklan berbayar masa tu abang tak buat langsung sebab masa tu nak jimat. Tapi abang tau pentingnya pengiklanan untuk membina jenama.

Abang cuma gunakan kaedah kerap turun padang jumpa agent dan stockist, berikan testimoni-testimoni berjaya dan berharap produk ini dapat merebak dengan sendirinya. Naifkan? Tapi itulah yang berlaku. Demand makin lama makin tinggi.

Perasan tak modal permulaan abang tadi abang cuma usik RM20,000 sahaja? Haaa tu la bagusnya orang kedekut macam abang. Kahkah. Sekarang, abang pon dah tua, dah 27 tahun umur abang sekarang.

Apa jadi kat BOT INDUSTRIES?

Alhamdulillah, abang sudah mempunyai kilang sendiri yang mampu mencetak 500,000 sachet sehari, berstatus GMP, HACCP, dan ISO 22000. Kilang tersebut bukan sahaja mampu membuat produk minuman pracampuran biasa seperti kopi, teh dan coklat, malah kami mempunyai kapasiti untuk membuat campuran unik lain seperti kolagen, stemcell, catuaba, tongkat ali dan macam-macam lagi bahan dalam bentuk powder dan liquid. Abang kini punyai lebih 50 orang staf yang semuanya bumiputera beragama Islam.

Dari 30 carton sebulan, sekarang kami menjual 3000 carton sebulan.

Abang sekarang banyak berusaha tolong usahawan-usahawan lain untuk buat OEM di kilang abang. Abang pernah berada di tempat mereka jadi abang sangat passionate untuk bantu mereka capai impian mereka.

So di sini abang ingin simpulkan, kepada anda yang minat berniaga dan baru hendak mulakan perniagaan, cuba minimumkan risiko, minimumkan modal awalan. Tak kiralah dalam perniagaan apa yang anda ceburi.

Kerana apa?

Kerana kita merancang, Tuhan yang menentukan. Kalau tertulis bukan rezeki kamu, bukanlah. Kalau tertulis rezeki kita, In Shaa Allah tak lari ke mana.

Yang penting kita cuba pecahkan ruyung. Kalau tak cuba manakan dapat sagunya. Semoga bermanfaat.

Syukor Majid
[email protected]

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas