Connect with us

Oh! Media

Kisah Makcik Mangsa Banjir Minta Tudung Menyentuh Hati

Umum

Kisah Makcik Mangsa Banjir Minta Tudung Menyentuh Hati

 
Kisah seorang makcik mangsa banjir di Kampung Karangan, Kuala Krai, Kelantan meminta tudung daripada pasukan sukarelawan banjir menjadi viral di laman sosial. 
Makcik tua itu pada mulanya berdiri ditepi jalan sambil memegang tongkat melambai ke arah pasukan sukarelawan, dan apabila mereka merapati makcik tersebut, perkara pertama yang diminta olehnya ialah tudung bagi mengantikan plastik yang menutup rambutnya. 
“Benda pertama yang makcik itu minta adalah tudung. Kami ambil tudung dan bagi kepadanya, dia terus buka plastik (yang disarung di kepala) dan pakai. Saya tidak tahan, nangis disitu juga. 
“Barang yang paling dia nak adalah tudung, kain sarung. Sebab dia kata, kain yang dia pakai dah seminggu dan sudah kena air kencing malah dia juga turut meminta telekung. 
“Paling akhir dia minta, ayat dia ‘kalau ada sebutir dua beras, berilah’ dan kami bagi keperluan yang sepatutnya pada dia” kata Nik Zahrinawati iaitu salah seorang sukarelawan yang ada ketika kejadian. 

ADVERTISEMENT
Psst: Sama-sama kita jadikan kisah ini sebagai tauladan. Disaat kita makan mewah sehingga kekenyangan, mereka disana tidur dalam kelaparan. Semoga Allah permudahkan segalanya. 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas