Connect with us

Oh! Media

Kisah Sebenar Mengapa Makanan Gerai Auntie Bersepah Atas Jalan

Umum

Kisah Sebenar Mengapa Makanan Gerai Auntie Bersepah Atas Jalan

Semalam di laman sosial, heboh tentang beberapa keping gambar kelihatan pihak berkuasa sedang berdiri berhampiran seorang auntie berbangsa India yang menjalankan perniagaan tanpa lesen berhampiran Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Gambar lain juga memperlihatkan auntie tersebut sedang duduk termenung mengenang nasib gerainya yang telah tiada.

ADVERTISEMENT

Sekadar menilai gambar tersebut, tentunya ianya mengundang rasa kemarahan orang ramai yang mendakwa pihak berkuasa (Majlis Bandaraya Ipoh) kejam kerana sudahlah merampas barangan perniagaan auntie tersebut dan dalam masa yang sama turut menyepahkan makanan yang dijual di atas jalanraya.

Menurut saksi yang tampil, kejadian tersebut berlaku selepas pihak berkuasa menerima laporan tentang perniagaan auntie tersebut telah yang tidak berlesan dan dalam masa yang sama turut mengganggu laluan keluar dan masuk Ambulan ke hospital berkenaan. Menurut saksi lagi, makanan yang bersepah itu adalah perbuatan auntie tersebut sendiri sebagai tanda protes kepada pihak berkuasa berkenaan.

Isu gerai Auntie berbangsa India ni yang sampai bersepah makanan lepas diangkut penguatkuasa di hadapan Hospital Raja…
Posted by Oh! Media on Sunday, August 9, 2015



Pada OhMedia, orang ramai haruslah tidak mudah melatah dengan hanya melihat gambar tanpa mengetahui hal sebenar. Para petugas tersebut hanya menjalankan tugas mereka apabila menerima arahan walaupun bukan kehendak mereka untuk mengganggu orang berniaga.

Dalam kes seperti ini, kami merasakan undaung-udang haruslah dinilai semula oleh mereka yang di atas sana. Mana-mana peniaga yang tidak berlesan ini pihak berkuasa haruslah memberikan lesen perniagaan kepada mereka dan tempatkan mereka di tempat meniaga yang sah dan berlokasi strategik. Usah dirampas barangan meniaga mereka hanya kerana tiada lesen dan usah dihalang keinginan mereka untuk berniaga demi mencari sedikit rezeki di bumi Allah ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas