Connect with us

Oh! Media

Kisah Kedaifan Keluarga Tinggal di Bangsal Buruk dalam Kebun Getah

Umum

Kisah Kedaifan Keluarga Tinggal di Bangsal Buruk dalam Kebun Getah

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini Oh! Media menerima satu kiriman dari seorang individu yang tidak ingin dikenali, bercerita tentang satu keluarga yang tinggal dalam kebun getah di Feldajaya Negeri Sembilan.

Kehidupan yang sangat daif itu dapat dilihat dengan keadaan bangsal buruk yang dijadikan tempat berteduh. Satu melihat keadaan anak-anak kecil itu terpaksa tinggal ditempat sebegitu.

“Ini betul-betul berada di tempat saya di Feldajaya Negeri Sembilan. Kesian tengok mereka anak beranak berteduh dipondok usang nie. Suami membesar di rumah anak-anak yatim tak ada saudara mara yang lain.

“Nama Johari, berumur 50 thun. Nama isteri Nor Alia, berumur 27 tahun. Anak 3 orang. Pertama nama Mamat umur 19 tahun (anak tiri). Anak No. 2 umur 6 tahun dan no. 3 umur 3 tahun. Isterinye berasal dari Tawau, Sabah.

“Saya bukan nak mintak simpati. Anda nilailah sendiri…sanggup tak anda tengok anak-anak ni di gigit nyamuk bila waktu malam, tidur dalam kelambu yang koyak. Hanya menoreh getah bulan-bulan, kena bayar tuan kebun yang mereka duduk sebanyak RM300. Mandi di surau berdekatan, bawak kereta sorong ambik air dan tak punya kenderaan, hanya jalan kaki sahaja.

“Saya tahu rakyat malaysia semua baik-baik dan perihatin.kalau anda xcaya pergilah kt Feldajaya melawat la mereka. Kesian baju pon lusuh je. Saya nak cerita panjang lebar pon xtaw. Anda pergi dan lihat sendiri….

“Sumber ni dari mak mertua dan kawan kerja yang pergi melawat sendiri” – Follower Oh! Media yang mahu dirahsiakan identiti.

Diharapkan mungkin dengan pendedahan ini, ada pihak yang sepatutnya membuka mata dan dapat membantu keluarga tersebut.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas