Connect with us

Oh! Media

Kisah Jack Ma Dengan Empayar Alibaba Yang Menjadikannya Individu Terkaya!

Umum

Kisah Jack Ma Dengan Empayar Alibaba Yang Menjadikannya Individu Terkaya!

Siapa je tak kenal Jack Ma, individu paling kaya di China dengan nilai kekayaan sebesar $25 billion, di mana terdiri daripada 7,8% pegangan dalam Alibaba dan hampir 50% pegangan dalam servis payment processing dalam Alipay. Jack Ma adalah salah satu contoh individu yang tidak berputus asa dengan apa yang dilakukan sebelum dia berjaya dengan empayar Alibaba miliknya.

ADVERTISEMENT

Jack Ma atau turut dikenali sebagai Ma Yun dilahrikan pada 15 Oktober 1964 di Hangzhou yang terletak di selatan China. Beliau mempunyai abang dan seorang adik perempuan. Berada dalam keluarga yang susah, adik beradik Jack Ma membesar dengan keadaan Komunis China yang mahu mengasingkan diri dari penjajahan barat ketika itu.

Jack Ma mempunyai hobi mengumpul cengkerik dan membuatkan cengkerik berkenaan bergaduh sesama sendiri. Meskipun begitu, Jack Ma juga sering terlibat pergaduhan dengan rakan sekelas. Dia sering berkata, “Saya tidak pernah takut dengan lawan yang lebih besar dari saya,” yang di petik dari buku berjudul Alibaba.

Sumber gambar dari Crocodile in the Yangtze 

Tahukah korang bahawa nama Jack diberikan kepada Jack Ma oleh seorang pelancong? Selepas Presiden US Richard Nixon melawat Hangzhou pada tahun 1972, kampung Jack Ma telah menjadi tumpuan pelancong. Ma telah bangun awal pagi dan pergi kemana-mana hotel dibandar, menawarkan diri sebagai pemandu pelancong. Sebagai balasan, Jack Ma meminta pelancong berkenaan mengajarkannya bahasa Inggeris.

Tanpa duit atau orang dalam, satu-satunya cara untuk Jack Ma berjaya adalah dengan pendidikan. Selepas sekolah tinggi, beliau telah memohon untuk memasuki kolej namun gagal melepasi ujian kemasukan sebanyak dua kali. Akhirnya dia berjaya pada cubaan kali ketiga. Jack Ma telah pergi ke Hangzhou Teacher’s Institute dan graduate pada tahun 1988. Sejak dari tiu dia mula memohon banyak pekerjaan.

Siapa sangka dia dia terima lebih penolakan termasuklah dari KFC sebelum dia bekerja sebagai seorang guru. Ma sangat menyayangi pelajar dan pekerjaan namun hanya memperoleh pendapatan sebanyak $12 setiap bulan di unvisersiti tempatan.

Sumber gambar dari Crocodile in the Yangtze 

Jack Ma tidak mempunyai pengalaman mengenai komputer apatah lagi bab coding. Namun internet telah berjaya menarik minatnya sejak pertama kali menggunakannya pada tahun 1995 di Amerika. First carian Jack Ma secara onlone adalah beer. Yang mengejutkan beliau apabila hasil cariannya menunjukkan Chinese beer. Menyebabkan dia bercadang untuk membuka syarikat internet di untuk China.

Dua usaha pertamannya menemui kegagalan. Namun empat tahun selepas itu dia mengumpulkan 17 rakan di apartmaent miliknya dan cuba meyakinkan mereka untuk melabur kepadanya mengenai visinya untuk mewujudkan online marketplace yang disebut sebagai Alibaba.

Perkhidmatan yang diperkenalkan berkenaan akhirya berjaya menarik minat orang ramai dari seluruh dunia. Pada Oktober 1999, syarikat miliknya memperoleh$5 million dari Gold Sachman dan $20 miliion dari SoftBank dan juga pelaburan syarikat telko dari Jepun yang juga melabur dalam syarikat teknologi. Ketika syarikatnya berjaya mengaut keuntungan, Jack Ma memberikan satu tin Silly String untuk menyambut kejayaan syarikatnya.

Sumber gambar dari Crocodile in the Yangtze 

Pada awal 2000, Alibaba bercadang untuk memulakan Taobao, competitor kepada eBay. Bagi meningkatkan energy level para pekerja, Jack Ma meminta agar mereka melakukan handstand semasa rehat. Pada tahun 2005, Yahoo telah melabur $1 billion dalam Alibaba dengan pertukaran 40% pegangan dalam syarikat berkenaan. Hasilnya Yahoo mencatatkan keuntungan $10 billion menggunakan IPO Alibaba sahaja. Pada tahun 2013, Jack Ma undur diri dari jawatan CEO tetapi kekal sebagai execcutive chairman.

IPO Alibaba bernilai $150 billion adalah yang tawaran terbesar yang dicatatkan bagi syarikat tersenarai Amerika Syarikat untuk New York Stock Exchange yang menjadikan Jack Ma orang kaya di China dengan anggaran kekayaan bernilai $25 billion. Walaubagaimanapun Jack Ma mahu keluarga menjalani kehidupan seperti biasa tanpa populariti. Beliau berkhawin dengan seorang guru yang dikenalinya disekolah.

OHMEDIA: KUNCI KEJAYAAN DAN KEKAYAAN ADALAH KERAJINAN DAN KETABAHAN. MOGA MENJADI INSPIRASI BAGI MEREKA BERJINAK-JINAK NAK MENCEBURI PERNIAGAAN.

Kredit: Business Insider

+ Baca respon pembaca kisah Jack Ma dengan empayar Alibaba yang menjadikannya individu terkaya di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas