Connect with us

Oh! Media

Kisah Aiman Yang Mematahkan Plate Number Motosikal Insan Tidak Dikenalinya

ohmedia langgar no plate 1jpg

Umum

Kisah Aiman Yang Mematahkan Plate Number Motosikal Insan Tidak Dikenalinya

Mungkin Ohmedia tak perlu terlalu serius untuk jadikan ini sebagai satu artikel. Tapi sebelum-sebelum ini pun telah banyak kes kebaikan yang sama kami paparkan di Facebook dan untuk perkongsian kali ini kami akan jadikannya satu artikel untuk lebih mudah dikenang tentang sifat kebaikan dan bertanggungjawab yang masih menebal dalam diri rakyat Malaysia.

Bila kita tanpa sengaja merosakkan harta orang seperti terlanggar kereta time reverse ke, terlanggar pasu bunga dia sampai pecah ke, dan pelbagai perkara lain lagi disebabkan kecuaian kita tetapi kita tak tahu dan tak kenal siapa pemilik barangan tersebut, tak bermakna kita perlu lari dari bertanggungjawab.

Ini salah satu contoh sikap terpuji kepada insan yang bergelar “Aiman”. Kisah dia bermula bila pemilik motor bernama Miro Otai turun dari rumah untuk pergi kerja dan nampak plate motisikalnya patah. Hati pun terus jadi panas memikirkan siapalah punya kerja. Tapi tanpa disangka, ketika nak buka kunci motosikal, beliau ternampak satu surat di kepala motosikal.

IKLAN

Siapa pun Aiman, walaupun anda “Aiman Tak Kisah” sekalipun, bagi kami ini adalah satu sikap yang terpuji biarpun dilihat kecil sahaja bagi sesetengah orang namun sedar atau tidak yang kita sentiasa berdepan dengan ramai orang yang tidak bertanggungjawab. Dah lempar batu sorok tangan.

Apabila manusia sebegini boleh dikatakan bagai sudah pupus, insan seperti Aiman mampu menimbulkan rasa “Faith in humanity, restored!”.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas