Connect with us

Oh! Media

Keuntungan Samsung Jatuh 27 Peratus

Umum

Keuntungan Samsung Jatuh 27 Peratus

 

Syarikat Samsung Elektronics mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM17.81 bilion pada suku keempat tahun 2014 iaitu 27 peratus menurun berbanding tahun sebelumnya.

ADVERTISEMENT

Angka terbaru itu secara tidak langsung menandakan penurunan berturut-turut dalam tempoh tiga suku pada tahun lepas dengan keuntungan operasi bahagian mudah alih mengalami kejatuhan sebanyak 64 peratus.

Menurut dari data penyelidik, Samsung turut berhadapan dengan risiko kehilangan penguasaan bahagian pasaran terutama di China ekoran sambutan baik terhadap jualan skrin besar iPhone pada September lalu.

Ketua Hubungan Pelabur Samsung, Robert Yi menyifatkan 2015 sebagai tahun yang menandakan ke arah ‘kestabilan, pemulihan atau pertumbuhan’ melibatkan beberapa cabang perniagaannya.

Sehingga suku keempat, Samsung telah menjual 95 juta unit telefon manakala pesaingnya, Apple mencatat 74.2 juta jualan iPhone bagi tempoh suku fiskal pertama meningkat 46 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Samsung juga jatuh ke tangga kelima dalam kalangan pengeluar telefon di China pada suku keempat dengan mencatat sembilan peratus sahaja penjualan telefon pintar.

Sementara itu, penganalisis juga melihat langkah syarikat untuk memberi fokus kepada pengeluaran cip pemprosesan dalam telefon pintar terbaharu dijangka berupaya memulihkan syarikat pada kadar sederhana.

“Samsung boleh mengeluarkan produk terbaharu untuk menggantikan model Galaxy S5 pada awal Mac ini dalam usaha untuk meningkatkan jualan telefon pintar,” katanya. – AGENSI

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas