Connect with us

Oh! Media

Ketua Polis Negara Haramkan Aktiviti Mewah Disamping Tempelak Sikap Pegawai Polis!

Umum

Ketua Polis Negara Haramkan Aktiviti Mewah Disamping Tempelak Sikap Pegawai Polis!

Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam tegas berkata, tiada lagi aktiviti ‘mewah’ dalam kalangan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dibenarkan. Perkara ini diumumkan selepas mengambil kira perbelanjaan keraianan dan keramaian yang tidak masuk akal.

ADVERTISEMENT

Beliau menjelaskan bahawa terdapat pegawai-pegawai tinggi polis dibelanja dengan makanan laut sehingga bil makanan berkenaan mencecah ribuan ringgit. Beliau turut mempersoal siapa yang akan bertanggungjawab dengan bil berkenaan. Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk menghentikan budaya berkenaan dalam PDRM.

Sumber gambar dari Perak Today

Pada masa yang sama, beliau turut mahukan kes tidak dapat diselesaikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini (sejuk beku) dibuka semula oleh pegawai yang bertanggungjawab. Pegawai berkenaan diberi masa sebulan untuk selesaikan kes berkenaan.

Beliau berkata, hal ini disebabkan oleh sikap pegawai polis berkenaan yang tidak menjalankan tugas sebagai anggota polis dengan baik, termasuklah menjalankan siasatan. Tambah KPN lagi, terdapat waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil pada tahun 2013, tapi tidak berjalan.

OHMEDIA: ELOKLAH TU, TAK GUNA BUAT MAJLIS MEWAH-MEWAH UNTUK PEGAWAI YANG KERJA PUN SAMBIL LEWA.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca KPN haramkan akvitiviti mewah pegawai polis di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas