Connect with us

Oh! Media

Ketua Polis Sahkan Akan Panggil Pihak Al Jazeera & Wartawan Bagi Keterangan

Umum

Ketua Polis Sahkan Akan Panggil Pihak Al Jazeera & Wartawan Bagi Keterangan

Selepas kertas siasatan dibuka, hari ini pihak polis memaklumkan bahawa mereka yang memanggil pengendali Al-Jazeera dan wartawan mereka untuk diambil keterangan berkenaan isu menyiarkan dokumentari yang dilihat bersifat jahat memburukkan imej Malaysia dalam menangani Covid-19.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan perkara itu dan mereka akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Kita akan tengok dari sudut undang-undang selepas dia menjawab soalan-soalan. Siapa yang rasa dirinya ditindas sila tampil ke depan. Saya nak tahu siapa yang dipanggil, polis mana yang panggil kerana setakat ini selepas disemak tidak ada pihak saya yang memanggil mereka. Saya minta kerjasama yang buat aduan untuk tampil ke depan dan jangan bimbang kita akan ambil tindakan yang seadil-adilnya. – Katanya.

Abdul Hamid berkata begitu selepas video dokumentari Al-Jazeera itu turut menunjukkan seorang warga asing yang menceritakan pengalaman telah dilayan dengan begitu kejam sewaktu di dalam tahanan.



Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca yang geram dengan isu ini di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas