Connect with us

Oh! Media

Kes Jangkitan Meningkat Selepas 18 Hari Trump Adakan Kempen Pilihan Raya!

ohmedia trump bandar tulsajpg

Oh! Negara

Kes Jangkitan Meningkat Selepas 18 Hari Trump Adakan Kempen Pilihan Raya!

Inilah jadinya bila pemimpin pun tak kisah dan bersungguh untuk jaga kesihatan rakyatnya sendiri. Ohmedia kata macam ni tentang sikap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang dilihat seakan gagal mengawal penyebaran Covid-19.

AS adalah negara dengan jangkitan tertinggi di dunia dan ada beberapa faktor telah menyumbang kepada penyebaran ini. Faktor yang paling ketara adalah apa yang terjadi di Bandar Tulsa apabila Trump melakukan kempen pilihan raya pertamanya di sana.

Apa yang menjadi masalah adalah, kempen itu diadakan pada 20 Jun lalu iaitu di saat dunia sedang pada tahap kritikal wabak Covid-19. Apa yang lebih menakutkan adalah apabila orang ramai yang datang melihat kempen Trump itu kebanyakannya tidak memakai penutup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

IKLAN

Kesannya, sekarang kes di bandar kedua terbesar AS itu mengalami kenaikan yang ketara dengan hampir 500 kes daam dua hari. Trend peningkatan ini juga dikatakan semakin membimbangkan menurut pengarah eksekutif Jabatan Kesihatan Tulsa Dr Bruce Dart.

Kempen Presiden berlaku 18 hari yang lalu, semua yang hadir telah diperiksa suhu badan mereka dan diberi pelitup muka dan pensanitasi tangan turut disediakan. Kira-kira 6,200 orang menghadiri kempen itu. – Kata pengarah komunikasi kempen Trump, Tim Murtaugh.

+ Baca respon pembaca yang ikuti kes Covid-19 dunia di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas