Connect with us

Oh! Media

Kali Ini Agong Sendiri Turun Padang Bagi Wartawan McDonald’s

Oh! Negara

Kali Ini Agong Sendiri Turun Padang Bagi Wartawan McDonald’s

Semalam, negara kita telah mendapat banyak berita yang agak mengejutkan dan umum mengetahui yang hari ini negara kita masih tiada Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik dan hanya ada Perdana Menteri sementara yang telah disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

ADVERTISEMENT

Semua orang pasti tertunggu-tunggu apa yang akan terjadi kepada kerajaan kita sampaikan banyak wartawan dan pihak dari media terpaksa berkampung di Istana Negara untuk menyampaikan berkembangan terkini kepada semua rakyat Malaysia dengan cepat dan pantas.




Pihak Istana membawakan berpuluh kotak KFC untuk mereka menjamu selera selepas menyedari akan penat lelah para wartawan di Malaysia yang telah berkampung sejak jam 7 pagi semalam lagi. Rata-rata mereka hanya sempat makan coklat untuk alas perut sementara menjalankan tugasan.




Harini pula, Agong sendiri yang turun padang dan bagi makanan kepada semua wartawan dan petugas media yang berkampung di Istana Negara. Baik betul hati ketua negara kita ni. Daulat Tuanku!

Keindahan dan kerendahan hati Agong dan Permaisuri yang mencerminkan akhlak terpuji kepada seluruh rakyat Malaysia. Daulat Tuanku! Itulah salah satu sifat umat Islam. Ada rasa belas kasihan, ada rasa suka nak menolong dan juga mudah bersimpati.

OHMEDIA : SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA AGONG DAN PERMAISURI DENGAN SERIBU KEBAIKAN DI ATAS KEBAIKAN YANG DIHULURKAN, AMIN.

Baca respon pembaca kerendahan hati Agong dan Permaisuri di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas