Connect with us

Oh! Media

Kerap Mengalami Stres? Ini 5 Tip Untuk Mengawalnya

Oh! Lifestyle

Kerap Mengalami Stres? Ini 5 Tip Untuk Mengawalnya

Stres merupakan perkara yang melibatkan tekanan mental, emosi dan fizikal. Jika dibiarkan ia boleh menjadi punca utama kita dijangkiti penyakit seperti serangan jantung dan strok. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang 5 tip untuk mengawal Stres.

ADVERTISEMENT


Tahan Marah

Jika korang mengalami stres sama ada di tempat kerja, kedai makan atau rumah sehingga boleh menaikkan kemarahan. Korang perlu bergerak ke tempat lain sementara menunggu hati menjadi sejuk semula. Selain itu, sebagai umat Islam korang digalakkan untuk mengambil wuduk kerana ia mampu untuk tenangkan hati.

Sabar

Jika kita ditimpa pelbagai musibah seperti kereta rosak, duit hilang, masalah keluarga dan sebagainya. Cara terbaik untuk kita menghadapinya adalah sabar dan mengadu kepada Allah. Kita perlu anggap setiap perkara yang berlaku ini adalah ujian untuk kita.

Makan Panadol

Jika korang mengalami stres di tempat kerja, makan 2 biji panadol lepas pulang ke rumah kerana ia mampu membuatkan kita berasa tenang semula. Selain itu, kajian juga ada mengatakan bahawa panadol boleh meningkatkan kesihatan. Jadi, sediakan panadol di dalam beg untuk memudahkan korang mengambilnya jika sedang mengalami stres. 

Tarik Nafas

Antara cara lain untuk kita menghadapi stres adalah menarik nafas dengan panjang dan hembuskan nafas secara perlahan-lahan selama 5 minit. Ianya sangat mudah untuk dilakukan di mana-mana sahaja dan sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk mengurangkan rasa stres tersebut.

Hidup Bersederhana

Dengan mengamalkan gaya hidup yang sederhana sudah boleh membuatkan kita kurang untuk rasa stres. Tidak perlu membazir duit untuk membeli kereta, pakaian, kasut dan jam yang mahal untuk menunjuk-nunjuk yang kita ini kaya sedangkan mempunyai hutang keliling pinggang. Terlalu banyak berhutang juga boleh menyebabkan kita mengalami stres. 
OHMEDIA: SOMOGA TIP INI DAPAT MEMBANTU KORANG YANG SERING MENGALAMI STRES

+ Baca respon pembaca kerap mengalami stres? Ini 5 tip untuk mengawalnya di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas