Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Perlu Lebih Masa Laksana Subsidi Minyak Bersasar

Oh! Negara

Kerajaan Perlu Lebih Masa Laksana Subsidi Minyak Bersasar

Mungkin ini berita baik buat semua rakyat Malaysia apabila kerajaan memutuskan untuk menangguh dahulu keputusan untuk melaksanakan sistem bahan api bersasar yang hanya diberikan kepada mereka yang layak.

Ini kerana, kerajaan dikatakan memerlukan lebih masa untuk menetapkan kaedah dan menyiapkan data penerima. Perkara ini ditegaskan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution yang berkata walaupun Belanjawan 2019 ada menetapkan pelaksanaan subsidi minyak bersasar untuk suku kedua tahun ini, namun ianya belum cukup untuk dilaksanakan.

“Pengiraan kami mesti mengambil kira implikasi kos (kewangan) dan strategi komunikasi di mana cara kami minta media bantu hebahkan perkara ini sehingga rakyat boleh terima bahawa kerajaan laksanakan ini adalah untuk rakyat” katanya.

IKLAN

Jika ia dapat dilaksanakan, subsidi minyak itu hanya diberi kepada mereka yang layak dan golongan sasar saja dan tidak semua rakyat atau pemilik kenderaan layak menerima subsidi terbabit.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas