Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Kaji Undang-Undang Libatkan Individu Memandu Ketika Mabuk

ohmedia2bpemandu2bmabukpng

Oh! Negara

Kerajaan Kaji Undang-Undang Libatkan Individu Memandu Ketika Mabuk

Akhirnya, kerajaan dengar juga apa yang kita semua luahkan berkenaan isu kemalangan maut yang berpunca dari pemandu mabuk. Sekarang hampir setiap bulan kita pasti akan mendengar kes kemalangan sehingga menyebabkan kematian yang berpunca dari individu yang memandu dalam keadaan mabuk.

Sehinggalah semalam, berlaku lagi kemalangan maut di Lebuh Raya KESAS dan ia membuatkan ramai orang tidak berpuas hati dengan undang-undang sedia ada. Ohmedia juga telah menaikkan satu video bagi menyeru perkara ini dikaji semula dan sekarang ia telah berjaya menarik perhatian Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook.

Kementeri Pengangkutan amat memandang serius terhadap kejadian kemalangan yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol. Proses untuk mengkaji semula peruntukan undang-undang sedia ada berkenaan kesalahan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat pasca-Kabinet Kementerian Pengankutan minggu depan. – Katanya.

Anthony Loke turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Zulfakkar Borhan yang meninggal dunia di tempat kejadian dan 2 lagi sahabatnya sedang dirawat di hospital akibat cedera parah.

IKLAN




+ Baca respon pembaca Oh! Media.
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas