Connect with us

Oh! Media

Keputusan Penggunaan Cermin Gelap Tanpa Had Tidak Dibincang Bersama Pihak Polis

Oh! Negara

Keputusan Penggunaan Cermin Gelap Tanpa Had Tidak Dibincang Bersama Pihak Polis

Selepas Anthony Loke berkata mengenai kebenaran menggunakan cerimin gelap tanpa had bagi kenderaan persendirian, kini pihak polis pula menyatakan bahawa tiada sebarang perbincangan diadakan bersama pihak kementerian dan polis mengenai pelaksanaan peraturan baharu itu.

ADVERTISEMENT

Perkara ini dimaklumkan oleh, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman, Datuk Azisman Alias yang menyatakan menghormati peraturan terbabit namun berpendapat ia akan meenyukarkan tugas polis.

“Saya rasa terkilan, sebaik-baiknya mereka berbincang dan mungkin boleh ambil pandangan daripada kita,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.


Azisman turut menyatakan ia akan memberi ancaman baharu dan membahayakan pasukan keselamatan ketika bertugas disebabkan kesukaran untuk melihat penumpang ketika pemeriksaan dijalankan.

“Memang ada peraturan ditetapkan seperti mengenakan fi dan perlu memenuhi syarat lain seperti tidak mempunyai rekod jenayah dan sebagainya, namun ia seperti lesen kenderaan juga.

“Ada pengguna jalan raya tidak mempunyai lesen dan boleh menggunakan kenderaan itu,” katanya.

Apa yang boleh dikatakan, pengguna cermin gelap ini memang digemari oleh sesetengan individu, namun ia juga akan menimbulkan masalah lain di masa hadapan, terutama dari segi keselamatan awam.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas