Connect with us

Oh! Media

Kiki CDM25 Diarah Lakukan 240 Jam Kerja Kemasyarakatan & Denda RM5,000

Umum

Kiki CDM25 Diarah Lakukan 240 Jam Kerja Kemasyarakatan & Denda RM5,000

Sunyi seketika isu Kiki CDM25 selepas tragedi MH17, namun siasatan dan perbicaraan tetap dijalankan.  Mahkamah sesyen Kuantan hari ini memerintahkan Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, melakukan kerja kemasyarakatan selama 240 jam dan didenda RM5,000 selepas mengaku salah melakukan khianat kepada kereta milik warga emas, Sim Hiak Hong, 68 tahun.

ADVERTISEMENT

Baca: (Video) Wanita Mengamuk Kereta Dilanggar

Kiki berdepan dengan penjara selama 3 bulan jika gagal menurut perintah mahkamah. Mengikut pertuduhan, Kiki didakwa melakukan khianat di kawasan tempat letak kereta Pusat Transformasi Bandar (UTC) kira-kira jam 1:10 tengahari 14 Julai lalu terhadap Toyota Corolla milik Sim dengan cara mengetuk bahagian atas bonet dan juga cermin depan hingga mendatangkan kerosakkan yang menyebabkan mangsa kerugian RM500.

Apapun lelaki warga emas tersebut telahpun memaafkan tindakan Kiki apapun undang-undang negara tetap mendakwa wanita tersebut sebagai pengajaran kepada yang lain.

Baca: Lelaki Warga Emas Maafkan Wanita Mengamuk Kerana Kereta Dilanggar

Sama-sama kita jadikan tauladan agar kes sebegini tidak akan terjadi lagi. Insan yang gagal menahan kemarahannya adalah insan yang gagal selamanya.

Jutawan Dalam Masa 24 Bulan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas