Connect with us

Oh! Media

Pelawak Lagenda Jepun Ken Shimura Meninggal Dunia Sebab COVID-19

Ken2bshimurapng

Oh! Artis

Pelawak Lagenda Jepun Ken Shimura Meninggal Dunia Sebab COVID-19

Ohmedia percaya, korang pasti pernah tengok pelawak ini yang cukup popular di Jepun dan videonya selalu dikongsikan di Facebook. Pelawak lagenda Jepun, Ken Shimura ini bagaimanapun telah dilaporkan meninggal dunia akibar COVID-19 dan ini menjadikan dia sebagai selebriti pertama di Jepun yang tewas menentang wabak ini.

Ken Shimura yang berumur 70 tahun itu telah dirawat di Hospital Tokyo dan meninggal dunia pada Ahad lalu lapor agensinya, Izawa Office.

Ken Shimura sebelum ini sudah mengalami masalah paru-paru dan dijangkiti pula COVID-19 selepas mengalami demam serta sukar bernafas dan dimasukkan ke wad untuk jalani rawatan pada 20 Mac.

IKLAN

Berita ini pastinya membuatkan rakyat Jepun sedih apabila beliau banyak menghiburkan penonton dengan lawak bersahajanya.

Jepun kini telah merekodkan sebanyak 1,866 kes dan lebih 50 kematian setakat ini.




Sumber: CNN

+ Baca respon pembaca yang simpati dengan pemergian pelawak Jepun di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas