Connect with us

Oh! Media

Kemunculan Flaghsip Terbaru Xiaomi Mi 5

Umum

Kemunculan Flaghsip Terbaru Xiaomi Mi 5





Xiaomi Mi5-Tarikh Pelancaran dan Harga

Setelah 2 tahun menunggu kemunculannya, telefon pintar
‘flagship’ terbaru dari Xiaomi telah masuk di pasaran dengan 3 versi yang
berbeza. Model pertama yang mampu milik berharga dalam linkungan RM 1,2++.00,
datang dengan saiz 32GB memori, panel kaca 3D di belakang , tetapi
mempunyai kelajuan prosesor yang lebih rendah daripada dua model yang lain ,
1.8 GHz dan bukannya 2.15 GHz.
Versi pertengahan mempunyai saiz 64GB memori beserta panel
kaca 3D di belakang dan akan dijual pada lingkungan harga RM 1,5++.00
Akhirnya, versi Pro juga datang dengan saiz memori 64GB,
tapi kelajuan RAM 4GB melebihi dua versi sebelumnya di mana hanya 3GB RAM dan
panel 3D seramik di belakang. Ia akan dijual pada harga RM 17++.00.

ADVERTISEMENT

Tapi, telefon pintar ini akan dipasarakan di pasaran China terlebih dahulu dan pasaran India selepasnya. Kita masih boleh mendapatkannya, jangan lepaskan peluang ni ye. Peluang pasaran eropah dan U.S hampir sifar setelah apa yang dinyatakan oleh En. Hugo Barra, Timbalan Presiden Xiaomi. 
Xiaomi Mi5-Reka Bentuk dan Kualiti 

Xiaomi menyatakan punca kenapa masa diambil selama 2 tahun
untuk penghasilan Mi5 adalah sebab reka bentuk telefon pintar ini. Menurut En.
Hugo Barra, Xiaomi telah mengambil usaha untuk meletakkan kanta kamera
dalam kedudukan yang sama seperti iPhone 6 ( bahagian atas belakang ), dan
memasang butang rumah dengan pengimbas cap jari, seperti Samsung Galaxy S6. 

Xiaomi Mi5-Paparan
Dengan saiz sebesar 5.15 inci, resolusi ‘Full HD’, Peranti ini mempunyai 600 kecerahan nit. Xiaomi mengoptimumkan paparan dalam keadaan luar yang cerah untuk menyesuaikan dengan cahaya matahari. Secara keseluruhan, paparan Mi5 merupakan suatu penghasilan yang amat menarik. Pengimbas cap jari pada Xiaomi Mi 5 dipasang di butang rumah , dan bukannya di belakang, seperti mana yang terdapat pada Redmi Note. Persediaan awal mengambil masa hanya lebih lima saat, dan membuka kunci peranti kelihatan baik dan cepat.
Xiaomi Mi5-Perisian
The Mi 5 datang dengan antara muka Xiaomi MIUI 7 . Apa yang membezakan ini dari antara muka lain adalah, seperti di banyak jenama China yang lain , ketiadaan applikasi ‘drawer’. Mana-mana aplikasi yang anda muat turun akan muncul di skrin utama , di mana mereka boleh dikumpulkan ke dalam folder, sama dengan iOS Apple.


Xiaomi Mi5-Kamera

The Mi 5 mempunyai kamera utama 16 MP IMX298 dari reka bentuk Sony. Kamera belakang mengintegrasikan teknologi penstabilan imej optik Xiaomi 4 -paksi, yang akan memastikan imej yang lebih tajam apabila mengambil gambar bergerak.
Sememangnya, Xiaomi telah mencipta  telefon pintar flagship yang berkualiti dan mampu bersaing dengan LG, Samsung dan Apple dengan Xiaomi Mi5 ini. Anda boleh dapatkannya setelah masuk ke pasaran kita ya. Itu sahaja dari OhGeekz. Harap info kami dapat menambah sedikit sebanyak pengetahuan anda. 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas